Dec 24, 2009

Khas Untuk Calon PMR SMKA SHAMS

Alhamdulillah.Kepada semua calon PMR yang telah mendapat keputusan,kami saf pimpinan BADAR mengucapkan ribuan tahniah kepada semua yang telah melepasi ujian tersebut.Tidak kira apa juga keputusan,kami menganggap keputusan yang anda semua dapat,merupakan keputusan terbaik yang Alah beri kepada anda semua.Semoga Allah memberkati apa yang diusahakan dan hasilnya.Kami berharap,anda semua akan lebih bertambah semangat jihad di dalam kalbu dengan apa-apa pun keputusan yang anda dapat.Tahniah selagi lagi!

Dec 22, 2009

MATI : suatu permulaan...




Mati.... satu kalimah yang ditakuti kebanyakan insan sementara ada segelintir pula yang mendambakannya. Disini penulis ingin memberi satu teka-teki :

Apa die bende yang si pembuat tak mahu pakai,
si pembeli juga tak mahu pakai,
tapi si pemakai tak sedar yang die sedang pakai.


Jawapannya mudah sahaja , punya 7 huruf, bermula huruf 'k' dan diakhiri huruf 'n'..
ya, KERANDA itulah jawapannya.Pembuat disini menggambarkan si pembuat keranda, manakala pembelinya pula adalah kerabat si mati.Ramai orang yang hanya tahu menjadi 'pembuat' atau 'pembeli', padahal adalah suatu kepastian yang kita adalah 'pemakai'. Terkadang kita tidak sedar yang suatu hari nanti kita akan memakainya... Oleh itu, ayuh kita buat pengurusan hidup untuk mati.

Acapkali kita mendengar ceramah perihal pengurusan hidup, kewangan, tekanan dan pelajaran. Tapi pernah tak kita terfikir untuk membuat satu pengurusan kematian?? Selalu juga kita membuat satu pengurusan jangka panjang yang pendek iaitu amalan- amalan sebelum kematian... bagaimana pula dengan kehidupan selepas kematian??
Tidakkah kita terasa mahu pergi ke 'the second world' atau ' the life after death' ini?? Sebahagian manusia takut pada kematian kerana sifat wahn iatu cinta pada dunia yg sementara ini. Bukankah sebenarnya dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum perjalan kita yang seterusnya.

The second world ini telah dijanjikan Allah kenikmatan yang abadi kepada hambanya yang soleh. Bidadari hureen ein buat mukminin soleh manakala wildan ( anak-anak kecil lelaki) buat mukminah solehah. Manakala hambanya yang telah menjadikan nafsunya sebagai tuhan akan dicampakkan Allah kepada azabnya di nereka yang dibuat dari bahan bakar manusia dan berhala-berhala.Jadi kenapa kita ingin takut pada kematian kiranya kita sudah membuat perancangan jangka panjang yang panjang.... samapai kita ketemu cinta disyurga.. InsyaAllah. Buatlah checklist hamba setiap malam, pastikan yang wajib kita tunaikan, yang sunat kita teruskan.

Jadi shift your paradigm and your life sehingga dapat kau terfikir bahawa kematian suatu permulaan kepada kebahagiaan abadi. Dambakanlah husnul khatimah agar kau urus hidup ini untuk kematian. Ingatlah kematian adalah pintu untuk hamba menemui Tuhannya... Rindulah untuk mati di jalan Tuhan bukan berdoa agar cepat mati.. Wallahua'lam..
..::al faqir ilalllah::..

Dec 17, 2009

PMR

Hari ini media massa telah menyiarkan dan memberitahu 1Malaysia bahawa keputusan PMR akan diumumkan pada hari 24 Disember 2009 pada hari Khamis.Alhamdulillah,Allah telah memberi kita ruang untuk mengetahui bila masanya hasil usaha kita untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Peperiksaan PMR ini hanyalah menjadi penanda aras.Secara teknikalnya,peperiksaan ini tidaklah penting malah tahun lepas,ada dibincangkan supaya PMR ini dimansuhkan.Namun, renungkanlah, adakah kita menuntut ilmu semata-mata untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Inilah yang menjadi cabaran bagi kita.Walaupun PMR bukan peperiksaan yang menentukan masa depan secara keseluruhan,namun PMR telah membawa pengajaran bagi kita untuk lebih berusaha pada masa akan datang.PMR juga memberi kita iktibar supaya kita bermuhasabah untuk peperiksaan SPM nanti.

PMR juga menjadi titik tolak untuk kita terjun ke bidang yang kita layak dan minat supaya kita lebih mudah untuk fokus secara telus dalam bidang yang kita akan ceburi pada masa akan datang.PMR juga menjadi post mortem bagi kita atas kelemahan yang kita lakukan sewaktu berperang selama tiga tahun semasa sekolah menengah.

PMR juga menguji kita adakah kita akan terus alpa dengan keputusan yang baik sehingga mencacatkan prestasi kita pada menengah atas.PMR memberi kita peransang. PMR juga sebenarnya menguji sejauh mana kita menghargai guru.Adakah selepas kita mendapat keputusan,kita terus sahaja berlenggang bangga atau sedih dengan keputusan itu? Jawapannya, anda akan lihat aksi anda masing-masing ketika mengambil slip keputusan pada 24 haribulan nanti.Jika kita tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada guru walau apa pun keputusan kita,nampaknya,PMR benar-benar menguji kita.

PMR bukanlah penanda aras IQ.Ada orang yang selalu mendapat keputusan baik sewaktu peperiksaan sekolah,tetapi tidak dapat keputusan cemerlang dalam PMR.Itu perkara biasa. Kucing yang makan lasagna lebih ganjil daripada fenomena ini.Ada juga orang yang jarang-jarang mendapat A dalam peperiksaan,tetapi mampu memungut semaksimum A sewaktu PMR. Itu tidak ganjil.

PMR bukanlah penanda aras IQ.PMR bukannya menimbulkan persoalan, "Dia tak dapat 9A, dia bodoh." atau "Dia budak yang hebat,dia dapat 9A." bukan.Itu bukan persoalan yang betul dalam PMR.Tak semestinya yang mendapat 9A itu orang pandai atau sebaliknya,tetapi persoalan yang harus ditimbulkan, 'bagaimana dia mendapat keputusan tersebut?'

PMR membincangkan bagaimana seseorang itu mendapat keputusan yang mereka dapat, bukannya konklusi.PMR bukan rumusan terbaik untuk mengatakan seseorang itu pandai. PMR adalah post mortem.PMR adalah alat untuk melihat kelemahan dan kelebihan.Ia bukan alat untuk melihat kepandaian dan kebebalan.

Seperti yang dikatakan tadi,PMR bukanlah satu medan untuk kita merumuskan siapa yang pandai.PMR sebenarnya ujian bagi sang calon untuk menghadapi ujian yang lebih besar. Ianya seperti melawan anak naga yang kecil supaya dapat melintas ke jambatan untuk melawan bapak naga yang segedang.

Kepada semua calon PMR,bermuhasabahlah selepas mendapat keputusan.PMR bukannya mengatakan anda pandai atau bodoh,tetapi menjadi ujian bagi anda semua untuk lebih baik pada masa akan datang.

Andai anda mendapat keputusan yang baik,anda fikir,mengapa anda mendapat keputusan sedemikian?Adakah disebabkan anda selalu study malam?Atau selalu membuat kebaikan? Atau anda yang pemalas,malas ibadah,usaha,tidak hormati guru,selalu membuat masalah di sekolah dan rumah,tetapi mendapat keputusan yang cemerlang,cuba bermuhasabah,adakah anda mendapat keputusan yang berkat daripada Allah.

Andai anda mendapat keputusan yang buruk,anda fikir,mengapa anda mendapat keputusan sedemikian?Adakah disebabkan anda pemalas?Anda tak suka ulang kaji?Atau anda selalu buat masalah?Jika anda merasakan anda lebih daripada itu,ingatlah..

"Allah memberi apa yang KITA PERLU,bukan apa yang KITA MAHU.."

Perlu diingatkan,Allah sebenarnya telah merancang sesuatu yang baik bagi kita.Walaupun kita tidak mendapat keputusan yang baik masa PMR,yakinlah sebenarnya Allah memberi kita peluang yang lain berdasarkan keperluan kita.

Jangan gentar pada masa sekarang.Keputusan tetap akan diumumkan.Anda hanya perlu bertawakal.Banyakkan ibadah.Selepas mendapat keputusan,mantapkan lagi ibadah.Itulah sebenarnya cabaran dan ujian yang kita lalui.

Kami,saf pimpinan BADAR mendoakan kalian mendapat keputusan yang terbaik, berkat dan berhikmah setanding dengan usaha anda semua dalam keputusan PMR nanti.Dan kami berharap,anda semua dapat menggunakan IQ anda untuk memajukan Islam serta mewarnai biah solehah di SMKA SHAMS.

~Semoga sukses~

Sedikit Perkongsian Tentang Tahun Baru Kita

36 surah at-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.

Keistimewaan taqwim hijrah


Hijrah merupakan perubahan besar kepada kehidupan umat Islam dan Islam itu sendiri yang mana sebelum ini tertindas tetapi berubah ke arah kegemilangan dan keagungan setta merubah peradaban dunia kepada tamadun yang tinggi seiring antara material dan ruhani tidak sebagaimana pembangunan material yang berjaya dibina oleh kafir Quraisy di Mekah dan juga 2 kuasa utama pada masa itu iaitu Parsi dan Rom.


Pemilihan Muharram sebagai bulan permulaan taqwim hijrah bukannya Rabiul Awwal pula dibuat adalah mengikut sebab-sebab berikut iaitu :



Pertama : Bulan Muharram merupakan bulan pertama bagi bulan-bulan yang lain dalam setahun mengikut perkiraan arab di mana telah berlaku pembaharuan dalam tarikh bermula pada bulan ini.



Kedua : Bai’ah Aqabah antara Rasulullah S.A.W dengan rombongan daripada Yathrib(Madinah) telah berlangsung pada bulan Zulhijjah. Selepas itu baginda S.A.W menyuruh muslimin berhijrah ke Madinah bagi mendapat pertolongan daripada saudara mereka yang digelar golongan Ansar di sana.


Ketiga : Muharram merupakan bulan haram dan ia berada selepas bulan Zulhijjah di mana para haji pulang ke rumah masing-masing.



Bagaimana Tarikh Hijrah Dipilih?


Apabila Sayyidina Umar yang merupakan khalifah pada masa itu telah menghantar surat perintah kepada pekerjanya di Basrah iaitu Abu Musa al-Asy’ari di mana dalam surat itu ditulis Sya’aban. Abu Musa al-Asy’ari telah menghantar surat kepada Sayyidina Umar untuk mengetahui masa yang sebenar tentang bulan Sya’ban itu samada yang sedang mereka berada sekarang atau pun Sya’aban yang telah lalu.


Sayyidina Umar terus memberi pandangan agar diadakan taqwim khas untuk panduan umat Islam. Pada tahun 17 Hijrah, Sayyidina Umar mencadangkan agar umat Islam mengadakan suatu pembaharuan bagi memulakan tarikh perjalanan hidup mereka berdasarkan taqwim khas.


Beliau telah menghimpun umat Islam pada masa itu dan berbincang dengan mereka mengenai taqwim ini.


1)Ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar dimulakan mengikut tahun kenabian S.A.W tetapi beliau menolaknya.


2)Ada yang mencadangkan agar dimulakan dengan mengambil tarikh hijrah Rasulullah S.A.W sebagai titik permulaan kepada taqwim umat Islam yang mana cadangan terus ini diterima.



Saidina Umar tidak mahu menggunakan tahun kelahiran Nabi sebagai tahun permulaan kerana ia sama dengan Kristian yang meletakkan kelahiran Nabi Isa sebagai tahun pertama dalam kalendar mereka.



Arab menamakan bulan-bulan yang ada dalam setahun dengan nama yang berbeza dengan sebab yang berbeza iaitu :


MUHARRAM: Disebabkan pengharaman berlakunya sebarang peperangan padanya di sisi bangsa arab.


SOFAR : Kawasan tempat tinggal kosong daripada penduduknya kerana mereka keluar berperang bagi menghabiskan sisa-sisa bulan halal sebelum masuk bulan haram.


RABIUL AWWAL : Manusia meresa seronok dan lapang padanya dan duduk di tempat tinggal ketika ini.


RABIUL AKHIR : Juga kerana manusia berseronok dan lapang pada bulan ini.


JAMADIL AWWAL : Bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu sejuk dan bekunya air.


JAMADIL AKHIR : Mereka mendakwa bahawa kebanyakan peristiwa-peristiwa yang besar berlaku pada bulan ini sehingga mereka berkata :” Ajaib bagi segala yang ajaib itu ialah antara Jamadi yang dua dan Rejab”.


REJAB:Dibesarkan dan dikatakan juga pekak kerana tidak terdengar suara bising dan suara pedang yang berlaga. Dipanggil bagi bulan ini lebih disukai kerana Allah menurunkan padanya rahmat dam keampunan kepada hamba-hambanya.


SYA’ABAN : Bertembung kepanasan yang terik pada awal waktu dan ia merupakan bulan berkat kerana semua kitab samawi (wahyu kepada nabi-nabi) diturunkan pada bulan ini termasug suhuf nabi Ibrahim, Taurat, Injil dan al-Quran al-Karim. Waktu berubah mengikut peredaran zaman yang mana bulan ini selepas berlalunya setiap 25 dan 16 tahun berpindah daripada musim panas kepada musim sejuk.



SYAWAL : Bulan di mana diberi minum unta dan kerana ia merupakan awal bulan haji.



ZULKAEDAH : Kerana arab berhenti daripada berperang pada bulan ini dan ia juga merupakan awal bulan haram.



ZULHIJJAH : Kerana arab mengerjakan haji pada bulan ini.



Wallahualam :-)

Dec 16, 2009

Kem Motivasi Anak Kembali Ke Sekolah

Program: Kem Motivasi Anak Kembali ke Sekolah
Anjuran: ALTIS Group
Tarikh: 25-27 Disember 2009
Hari: Jumaat-Ahad
Sasaran: 13-16 tahun SAHAJA
Bayaran: RM80.00
Tempat: Gunung Datuk,Rembau






Berminat?

Hubungi

Rahimi: 014-8573695
Hazwan:013-2987115




AKTIFKAN DIRIMU!

Dec 15, 2009

Exsperiment Fizikal

HABA PENDAM TENTU DAN KONSEP AURAT
J= mcO

Abstrak / Pengenalan
wanita A - wanita yang menutup aurat dengan betul, wanita B- wanita yang menutup aurat, wanita C - wanuta yang mendedahkan aurat

Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spirirtual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberikan berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi.

Pembolehubah

Dimanipulasi :
c = keupayaan sesuatu objek menerima kuantiti suhu dalam suatu masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Konsep aurat ada kaitan dengan suhu. Ramai membuka aurat atas alasan panas dan igin bebas.

Dimalarkan :
m = jisim objek yang menerima perubahan suhu. Jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga wanita adalah sama.
O(theta) = perubahan suhu iaitu tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan perubahan biologi seperti haid, nifas, monopaus dan persekitaran.

Bergerak balas :
J = kuantiti haba yang boleh diserap oleh sesuatu objek yang mempunyai jisim tertentu
dalam suatu masa.Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi, dan mental terhadap daya tekanan yang diberi

Metod
  1. Melalui pemerhatian terhadap perubahan personaliti
  2. Bertanya dengan hikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian
  3. Eksp juga dilakukan kepada dua jenis lelaki : Lelaki A - lelaki yang menutup aurat dengan baik, Lelaki B- lelaki yang suka mendedahkan pusat dan memaparkan lutut serta paha waktu sukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

  1. Wanita A kelihatan humble, tenang , ceria, lembut, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal oerkataan yang dikeluarkan dari mulutnya.
  2. Wanita B juga kelihatan tenang, ceria tetapi kadangkala kelihatan risau. Ada masanya terlepas kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal.
  3. Wanita C kelihatan kelam -kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
  4. Lelaki A kelihatan normal, tetapi Lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah ereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi

J=mcO , oleh itu hipotesis diterima

Dec 4, 2009

Ada Apa dengan Filem itu????

Ada apa sebenarnya dengan filem terbaru keluaran De’Baron Sdn Bhd ni?? Pelbagai tanda tanya berlegar-legar di fikiran saya tatkala membaca akhbar Bintang Popular dua minggu yang lalu.
Mendengar tajuk filemnya saja sudah boleh kita bayangkan jalan cerita serta isi kandungan filem ini.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang GRO yang menjadi bahan pancing dan hadiah untuk mendapatkan tender pembangunan. Tapi,GRO ni dah tak larat dan nak bertaubat.. Bila dia nak bertaubat,dia lari balik kampung..Tapi tokey dia cari pulak dia...Kat kampung tu dia bercinta dengan seorang lelaki..Tapi kat kampung tu jugak,macam-macam berlaku kat diri dia yang menjadikan hobi dia tu berjalan seperti biasa..

Hmmmm,, bile kita baca `hobi dia berjalan seperti biasa’ tu, tentunya akan ditayangkan adegan-adegan panas yang menggambarkan hobi dia itu..sebab, itulah yang sebenarnya yang ingin ditayangkan oleh si Pengarah..

Tak tahulah apa yang berada di fikiran pelakon lelaki yang memeluk-meluk dia tu..Bukannya seorang, ramai pulak tu..Walaupun sekadar lakonan, tetapi si pelakon yang melakonkan watak itu tetap MANUSIA..dan, sebagai manusia tentunya ada nafsu..dan nafsu lelaki cuma SATU.. MasyaAllah!!!

Dan si perempuan tu sanggupnya pulak dia melakonkan watak dalam filem tu..Katanya, "Pada mula-mula ditawarkan watak ini oleh penerbitnya, Imran Ismail, saya punterpaksa berfikir beberapa kali. Melihat skripnya saja, saya sudah menjadirisau. Namun, apabila diamati, kesudahan ceritanya membawa pengajaran yang amatbesar kepada kita semua. Ia membuatkan saya bersedia untuk mencuba. Apatah lagiwatak Maria itu juga mempunyai beberapa lapisan yang menarik untuk diteroka,"katanya.

Pengajaran??? Apakah filem yang sebegini menggiurkan mampu memberi pengajaran kepada orang ramai? Tak cukup lagikah filem Bohsia, Perempuan, Isteri dan …., dan pelbagai lagi filem yang bergenre seperti ini untuk dijadikan pengajaran kepada umum.. Kalau dilihat, kes-kes rogol, bunuh dan seumpamanya masih lagi boleh kita dapati malah semakin meruncing kian hari..

Nampaknya mesej sebenar yang kononnya ‘terselit’ di sebalik filem-filem tersebut tidak menjadi bahan tontonan penonton tetapi aurat yang dibuka seluas-luasnya itu yang menjadi santapan untuk memuaskan nafsu..Astaghfirullah..

Nampaknya, semakin mudah untuk mendapatkan video porno pada masa kini..Tidak perlu bersembunyi untuk menonton tetapi, kini secara berjemaah ditonton di panggung wayang.. Cukup memberikan ‘pengajaran’ kepada umum bukan…..?

Tetapi saya juga berasa pelik kerana filem sebegini dapat ditayangkan...mana perginya Lembaga Penapisan Filem yang seharusnya ambil peranan..?? Saya pun tak faham dengan kerajaan kita sekarang ni...
Semakin hancurlah bangsa melayu selepas ini..
Semua orang akan mula menggiatkan diri dalam industri `perfileman yang memberi pengajaran’ ni..
Malah,lambat laun negara kita akan mempunyai perogol-perogol bersiri yang profesional..Nauzubiilahi min zalik..

Kenapa pengarah-pengarah filem tak nak buat cerita yang islamik tetapi penuh pengajaran.. Contohnya, Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.. sekurang-kurangnya dapat juga menarik minat Non-Muslim untuk mengenali Islam..

Saya harap takkan ada lagi cerita-cerita yang mengarut macam ini yang difilemkan..CUKUP-CUKUPLAH,, minda kami anak-anak muda dicemarkan..!!!

*akhir kata BOIKOT JALANG!! untuk semua*

Dec 3, 2009

Kepada Warga SHAMS Tingkatan 3

Ke hadapan semua warga SMKA Sheikh Haji Mohd Said yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2009.

Tarikh keputusan PMR dikeluarkan semakin dekat.Dada semakin berdebar.Doa makin panjang. Sujud makin lama.Ini semua fenomena biasa yang berlaku kepada semua calon yang menduduki peperiksaan.Begitu juga kehidupan.Namun,jika kita pada awalnya telah berserah kepada Allah dan terus berusaha dengan memacu keimanan sebagai tonggak kehidupan,maka Allah akan terbitkan rasa ketenangan di dalam jiwa kita semua.

Wahai warga SHAMS tingkatan Tiga sekelian,

Rupa-rupanya,kita sudah hampir menduduki tingkatan empat.Jiwa kita asyik terlompat-lompat dengan menifesto yang kelat mengatakan tingkatan empat merupakan tahun berbulan madu. Ini tidak benar kerana tahun inilah sebenarnya,kita perlu belajar bersungguh-sungguh,mematangkan diri,membina keperibadian unggul serta mengawal nafsu yang bergolak dibisik syaitan.

Tingkatan empat merupakan tahun mencabar.Tidak seperti Tahun Empat di mana kita perlu belajar Kajian Tempatan,Muzik dan Pendidikan Agama.Kita sekarang berada di tahun yang sangat mencabar.Cabaran dari akademik dan sosial.

Akademik,kita perlu menghadapi 10 subjek.Alhamdulillah,Kementerian kita sangat hebat kerana telah mengecilkan ruang untuk kita tempuhi dengan menyuruh kita belajar 10 subjek untuk kita belajar.Namun,fikirkanlah,ke mana hendak kita tempuhi?

SASTERA PERAKAUNAN
atau
SAINS AGAMA

Inilah cabaran yang kita perlu fikirkan.Untuk memudahkan pemilihan,langkah pertama,kita tanya iman dan hati kita, "Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau kita hendak mengecapi impian aku?"

Mengapa persoalan itu perlu timbul?Kerana kedua-dua aliran yang dihidangkan oleh SMKA SHAMS mempunyai kontranya.Yang pertama,

SAINS AGAMA.

Untuk tahun SPM 2011,tidaklah diketahui subjek mana yang akan digugurkan,namun, buat masa sekarang,subjek dalam Sains Agama adalah:

-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sejarah

-Bahasa Arab
-Matematik Tambahan
-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
-Pendidikan Syariah Islamiah

-Biologi
-Kimia
-Fizik

Untuk aliran ini,sebenarnya aliran yang agak sukar kerana perlu berdepan dengan kebanyakan subjek pembunuh(killer subject) dan peluang untuk bersenang-lenang ketika belajar amat tipis. Perlu untuk didedahkan kerana terdapat ramai pelajar aliran Sains yang merasa bosan dan terus meninggalkan ketiga-tiga subjek sains itu dan sijil peperiksaannya menjadi buruk.

Aliran ini susah,namun peluang pekerjaannya terbuka luas.Sains Agama lebih luas kerana pelajarnya boleh mengambil banyak cabang daripada Sains,Agama,Sastera,Kedoktoran dan lain-lain.Apabila memasuki universiti,pelajar yang mengambil aliran ini bisa memilih subjek yang disukainya dengan mudah kerana ruang terbuka.

Namun,sesiapa yang pemalas,tidak suka membaca,mengira,mengeja malah tidak berminat,maka tersungkurlah mereka apabila mengambil pelajaran ini.

Subjek yang paling membuat pelajar kecundang dalam aliran ini ialah subjek Biologi. Subjek ini paling sukar dalam semua pilihan alirannya.Namun,jika ada pedoman dan teknik,tidak ada masalah.

Oleh itu,fikir.."Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?"

Sastera Perakaunan

SMKA SHAMS hanya menyediakan satu kelas sahaja untuk aliran ini. Aliran ini dikatakan aliran buangan.Aliran pelajar terkandas.Sesiapa yang mendapat keputusan teruk dalam PMR,maka pergilah aliran sastera.

Tidak,saudara.Itu hanya mitos.Sebenarnya,sesiapa yang teruk dalam PMR,maka dia perlu keluar daripada SHAMS.Bukannya masuk ke dalam kelas ini.Kelas ini merupakan kelas yang ada class.Ini kelas unik kerana sebenarnya,kelas ini lebih banyak mendapat ilmu daripada kelas-kelas sains yang lain.

-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sejarah

-Bahasa Arab
-Matematik Tambahan
-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
-Pendidikan Syariah Islamiah

-Prinsip Perakaunan
-Perdagangan
-Sains

Melihatkan subjek-subjeknya,ia mempunyai nilai tambah kerana ada Akaun dan Perdagangan. Aliran ini juga mempelajari Sains.Walaupun Sainsnya hanya asas;tidak terperinci seperti Biologi,Kimia dan Fizik,namun topik-topik Sains dalam aliran ini sama dengan topik yang ada dalam ketiga-tiga subjek Sains tadi.

Aliran ini mempunyai keistimewaan dari segi subjeknya.Malah,aliran ini lebih mudah dan sesuai untuk golongan yang lebih suka mengira daripada membaca. Sesiapa yang ingin mendapat kemudahan dan kesenangan dalam pembelajaran,bolehlah berunding untuk memilih aliran ini. Aliran ini lebih mudah daripada aliran Sains.

Namun begitu,peluang pelajar-pelajar aliran ini untuk melanjutkan pelajaran di IPT agak tipis kerana tidak banyak course yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar aliran sastera.Ia tidak seluas peluang aliran Sains.

Kemungkinan jika aliran Sains mendapat 10 peluang,aliran sastera hanya mendapat 4 peluang. Lihat,walaupun pelajarannya mudah,namun peluangnya susah.Apabila pelajar berkecimpung dalam aliran ini,maka ia perlu bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan bagi memudahkan pemilihan course di IPT.

Antara Sastera Perakaunan dan Sains Agama

Sebenarnya kedua-duanya ada keistimewaannya.Sastera Perakaunan mempunyai kelebihan dalam subjeknya.Subjek Akaun dan Perdagangan dipelajari dalam Bahasa Melayu manakala subjek Biologi,Kimia dan Fizik dipelajari dalam bahasa Inggeris.Namun,peluang Sains Agama dalam petempatan IPT,sangat luas berbanding Sastera Perakaunan. Sebaliknya, pelajaran Sastera Perakaunan jauh lebih mudah berbanding pelajaran Sains Agama.










Fikir kembali"Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?"






Renungan Pejuang

“Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya, dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” (HR Imam Muslim)

Hadith ini bukan ditujukan untuk golongan atasan yang mempunyai kuasa…


Hadith ini juga bukan untuk lelaki yang sentiasa mahukan sesuatu perubahan ketara…


Hadith ini juga bukan untuk insan tertentu sahaja….


Andai sahabat-sahabat pernah belajar semasa tingkatan dua pelajaran Pendidikan Agama,


Sahabat-sahabat sekalian pasti pernah mendengar tak kurang terlena,


Hadith ini ditujukan untuk semua,


Bukankah Nabi berkata ‘barangsiapa antara kamu yang melihat…’?


Apakah anda semua masih termangu dan ternganga?


Ini merupakan suruhan dan kewajiban,


Untuk setiap generasi ia ditujukan,


Malah tidak kira jantina lelaki dan perempuan,


Maka mengapa kini hadith ini tidak jadi ikutan?


Aku bukan seorang adiwira dalam komik,


Bukan juga seorang jutawan dan ahli politik,


Aku merupakan seorang manusia yang hina lagi lembik,


Namun apa yang diperlukan perlu ku ambik….


Apa yang diperlukan oleh masyarakat?


Adakah penyanyi yang menyanyi pakai kain ketat?


Atau ahli politik yang undi main sumbat?


Aku yakin mereka mahu mencantas maksiat…


Ilmu di dada tidaklah membukit,


Orang dah naik feri aku masih pakai rakit,


Nak dibandingkan ilmu dengan orang lain,aku punya sangatlah sedikit,


Namun apa yang pasti,aku mahu menjadi seorang mujahid…


Menjadi mujahid bukanlah senang,


Kalau dahulu boleh mati ditikam pedang,


Sekarang hati boleh mati dicerca orang…..


Itulah cabaran seorang pejuang….

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”.Surah Ali Imran(103)

15 Sebab Manusia Ditimpa Bala dan Bencana

Di dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2
. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3
. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6
. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.


8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.


11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12
. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15
. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Persoalannya:

Dah berapa banyak kesemua tadi tu ada kat Malaysia?