Dec 3, 2009

Kepada Warga SHAMS Tingkatan 3

Ke hadapan semua warga SMKA Sheikh Haji Mohd Said yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2009.

Tarikh keputusan PMR dikeluarkan semakin dekat.Dada semakin berdebar.Doa makin panjang. Sujud makin lama.Ini semua fenomena biasa yang berlaku kepada semua calon yang menduduki peperiksaan.Begitu juga kehidupan.Namun,jika kita pada awalnya telah berserah kepada Allah dan terus berusaha dengan memacu keimanan sebagai tonggak kehidupan,maka Allah akan terbitkan rasa ketenangan di dalam jiwa kita semua.

Wahai warga SHAMS tingkatan Tiga sekelian,

Rupa-rupanya,kita sudah hampir menduduki tingkatan empat.Jiwa kita asyik terlompat-lompat dengan menifesto yang kelat mengatakan tingkatan empat merupakan tahun berbulan madu. Ini tidak benar kerana tahun inilah sebenarnya,kita perlu belajar bersungguh-sungguh,mematangkan diri,membina keperibadian unggul serta mengawal nafsu yang bergolak dibisik syaitan.

Tingkatan empat merupakan tahun mencabar.Tidak seperti Tahun Empat di mana kita perlu belajar Kajian Tempatan,Muzik dan Pendidikan Agama.Kita sekarang berada di tahun yang sangat mencabar.Cabaran dari akademik dan sosial.

Akademik,kita perlu menghadapi 10 subjek.Alhamdulillah,Kementerian kita sangat hebat kerana telah mengecilkan ruang untuk kita tempuhi dengan menyuruh kita belajar 10 subjek untuk kita belajar.Namun,fikirkanlah,ke mana hendak kita tempuhi?

SASTERA PERAKAUNAN
atau
SAINS AGAMA

Inilah cabaran yang kita perlu fikirkan.Untuk memudahkan pemilihan,langkah pertama,kita tanya iman dan hati kita, "Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau kita hendak mengecapi impian aku?"

Mengapa persoalan itu perlu timbul?Kerana kedua-dua aliran yang dihidangkan oleh SMKA SHAMS mempunyai kontranya.Yang pertama,

SAINS AGAMA.

Untuk tahun SPM 2011,tidaklah diketahui subjek mana yang akan digugurkan,namun, buat masa sekarang,subjek dalam Sains Agama adalah:

-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sejarah

-Bahasa Arab
-Matematik Tambahan
-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
-Pendidikan Syariah Islamiah

-Biologi
-Kimia
-Fizik

Untuk aliran ini,sebenarnya aliran yang agak sukar kerana perlu berdepan dengan kebanyakan subjek pembunuh(killer subject) dan peluang untuk bersenang-lenang ketika belajar amat tipis. Perlu untuk didedahkan kerana terdapat ramai pelajar aliran Sains yang merasa bosan dan terus meninggalkan ketiga-tiga subjek sains itu dan sijil peperiksaannya menjadi buruk.

Aliran ini susah,namun peluang pekerjaannya terbuka luas.Sains Agama lebih luas kerana pelajarnya boleh mengambil banyak cabang daripada Sains,Agama,Sastera,Kedoktoran dan lain-lain.Apabila memasuki universiti,pelajar yang mengambil aliran ini bisa memilih subjek yang disukainya dengan mudah kerana ruang terbuka.

Namun,sesiapa yang pemalas,tidak suka membaca,mengira,mengeja malah tidak berminat,maka tersungkurlah mereka apabila mengambil pelajaran ini.

Subjek yang paling membuat pelajar kecundang dalam aliran ini ialah subjek Biologi. Subjek ini paling sukar dalam semua pilihan alirannya.Namun,jika ada pedoman dan teknik,tidak ada masalah.

Oleh itu,fikir.."Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?"

Sastera Perakaunan

SMKA SHAMS hanya menyediakan satu kelas sahaja untuk aliran ini. Aliran ini dikatakan aliran buangan.Aliran pelajar terkandas.Sesiapa yang mendapat keputusan teruk dalam PMR,maka pergilah aliran sastera.

Tidak,saudara.Itu hanya mitos.Sebenarnya,sesiapa yang teruk dalam PMR,maka dia perlu keluar daripada SHAMS.Bukannya masuk ke dalam kelas ini.Kelas ini merupakan kelas yang ada class.Ini kelas unik kerana sebenarnya,kelas ini lebih banyak mendapat ilmu daripada kelas-kelas sains yang lain.

-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sejarah

-Bahasa Arab
-Matematik Tambahan
-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
-Pendidikan Syariah Islamiah

-Prinsip Perakaunan
-Perdagangan
-Sains

Melihatkan subjek-subjeknya,ia mempunyai nilai tambah kerana ada Akaun dan Perdagangan. Aliran ini juga mempelajari Sains.Walaupun Sainsnya hanya asas;tidak terperinci seperti Biologi,Kimia dan Fizik,namun topik-topik Sains dalam aliran ini sama dengan topik yang ada dalam ketiga-tiga subjek Sains tadi.

Aliran ini mempunyai keistimewaan dari segi subjeknya.Malah,aliran ini lebih mudah dan sesuai untuk golongan yang lebih suka mengira daripada membaca. Sesiapa yang ingin mendapat kemudahan dan kesenangan dalam pembelajaran,bolehlah berunding untuk memilih aliran ini. Aliran ini lebih mudah daripada aliran Sains.

Namun begitu,peluang pelajar-pelajar aliran ini untuk melanjutkan pelajaran di IPT agak tipis kerana tidak banyak course yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar aliran sastera.Ia tidak seluas peluang aliran Sains.

Kemungkinan jika aliran Sains mendapat 10 peluang,aliran sastera hanya mendapat 4 peluang. Lihat,walaupun pelajarannya mudah,namun peluangnya susah.Apabila pelajar berkecimpung dalam aliran ini,maka ia perlu bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan bagi memudahkan pemilihan course di IPT.

Antara Sastera Perakaunan dan Sains Agama

Sebenarnya kedua-duanya ada keistimewaannya.Sastera Perakaunan mempunyai kelebihan dalam subjeknya.Subjek Akaun dan Perdagangan dipelajari dalam Bahasa Melayu manakala subjek Biologi,Kimia dan Fizik dipelajari dalam bahasa Inggeris.Namun,peluang Sains Agama dalam petempatan IPT,sangat luas berbanding Sastera Perakaunan. Sebaliknya, pelajaran Sastera Perakaunan jauh lebih mudah berbanding pelajaran Sains Agama.










Fikir kembali"Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?"






No comments:

Post a Comment