Feb 2, 2011
Sasaran Kerja BADAR
OBJEKTIF
- Melahirkan 50 pemimpin murid berketerampilan dan berfikrah Islam yang dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan.
- Melahirkan murid yang bersahsiah cemerlang dan mampu berperanan dalam masyarakat, agama dan negara.
BIDANG PENCAPAIAN BADAR
- Budaya Ilmu
- Kepimpinan Berketerampilan
- Sahsiah Terpuji
- Jati Diri
- Program Kemasyarakatan
Sejarah Ringkas Badar SMKA SHAMS
- Badan ini telah ditubuhkan bagi menyambung tugas yang pernah dipikul oleh Persatuan Pelajar Islam(PPI).
- Tujuan pertubuhan ini adalah untuk melahirkan generasi yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah perkara munkar.
- Pada hujung tahun 1990, kehadiran Ust. Saiful Bahrin telah mencorakkan sinar yang baru.
- Badan ini mula diwajibkan kepada semua pelajar.
- Badan ini telah dirasmikan oleh Ust. Khuzaimah bt Sulaiman di perhimpunan SMKA SHAMS pada 12 Februari 1992.
- “ Buku Peningkatan Sahsiah” telah dihasilkan oleh Ust. Saiful Bahrin pada tahun 1993 bertujuan untuk memperbaiki sahsiah pelajar.
- Pada tahun 1994, Hasil daripada perbincangan lanjut bersama-sama guru penasihat, maka wujudlah Buku Panduan Usrah untuk semua peringkat dari tingkatan 1-6.
- Operasi memberi kefahaman dan penghayatan islam yang jelas kepada para pelajar telah dipergiatkan.
- Program Minggu Anti Murtad mendapat reaksi positif dari para pelajar sehingga membawa nama SMKA SHAMS ke Negeri Sembilan kerana hebatnya program ini.
- Pada tahun 1999, tema “Generasi Rabbani Penggerak Tajdid Islami” telah membuka mata pelajar SHAMS.
- BADAR telah diletakkan antara salah satu unit Lembaga Ketua Pelajar(LKP) selain unit asrama dan sekolah.
- Program-program BADAR telah mendapat sambutan daripada para pelajar.
- Motto “Ke Arah Merealisasikan Akhlak al- Quran “ pada tahun 2005 menjadi kunci kepada BADAR pada masa itu.
- Kecemerlangan akhlak pelajar SMKA SHAMS telah menjadi keutamaan.
- Pada tahun 2006, di bawah bimbingan Ust, Khuzaimah Sulaiman, sebuah buku sukatan usrah telah berjaya dihasilkan oleh guru-guru agama SMKA SHAMS.
- Buku ini mengandungi panduan sukatan usrah dari tingkatan 1-5. Buku sukatan ini telah digunakan oleh semua SMKA di seluruh negara.
- Penghasilan buku ini merupakan suatu pencapaian yang besar bagi BADAR. Beberapa bengkel turut dikelolakan oleh guru- guru penasihat BADAR untuk memberi penerangan kepada guru-guru dari sekolah lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)