Feb 4, 2011

Perasmian BADAR PERDANA 2011


Pada 31 Januari 2011 telah berlangsung Perasmian BADAR SMKA SHAMS pada tahun 2011. Puan Lailawati binti Ahmad, pengetua cemerlang SMKA Sheikh Hj Mohd Said telah merasmikan majlis tersebut. Terdapat tayangan video yang telah disediakan oleh Unit Multimedia dan Penerbitan.





Selamat Menjalankan tugas kepada Para Nuqaba bagi melahirkan individu yang soleh dan musleh serta menyumbang kepada pembangunan ummah.

Feb 3, 2011

Ahli Nuqaba' 2011


Nuqaba' Tingkatan 3

Nuqaba' Tingkatan 4


Nuqaba' Tingkatan 5


Nuqaba' Tingkatan 6

Kem Nuqaba' ( KLANA 11)

TENTATIF PROGRAM


28 JAN 2011 ( JUMAAT )

4.00 petang : Pendaftaran dan Solat Asar Berjamaah

5.15 petang : Taklimat
- Taklimat Disiplin oleh Urusetia KLANA
- Pembentangan Peraturan dan Etika KLANA
- Lagu tema program

6.30 petang : RESOMA (Rehat, Solat, Makan)

7.30 petang : Solat Maghrib berjemaah

8.00 malam : Kuliah Maghrib 1
Amanah dan Tanggunggjawab Seorang Naqib
En. Norazman Mohamad

8.45 malam : Solat Isyak berjemaah

9.15 malam : Talk 1
Usrah dan Kepentingannya dalam Pembentukan Sahsiah
Encik Mohd Hapizi bin Mohamad Ali

10.30 malam : Rehat / Minum malam

10.45 malam : LDK 1

11.15 malam : Himpun Daya

29 JAN 2011 ( SABTU )

5.00 pagi : Qiyamullail

5.30 pagi : Solat Subuh berjemaah
Tazkirah 1 : Ikhlas Dalam Amal Islami
Encik Mohd Fakhruddin Khalid

7.00 pagi : Riadah

8.00 pagi : Khidmat diri dan sarapan

9.00 pagi : Talk 2
Bekalan Bagi Seorang Naqib
Encik Khazri Osman

10.30 pagi : Rehat dan Solat Dhuha

11.00 pagi : LDK 2

12.30 tgh hari : RESOMA

2.30 petang : Talk 3
Kemahiran Pengendalian Usrah yang berkesan
En.Mohamad bin Mohshin

4.00 petang : LDK 3

4.30 petang : Solat Asar dan bacaan Zikir Al Mathurat

5.30 petang : Persediaan BBQ

6.30 petang : Khidmat diri / makan malam

7.30 petang : Solat Maghrib berjemaah

8.15 malam : Jamuan Nuqaba’ 2011

9.00 malam : Solat Isyak

9.30 malam : LDK 4

11.00 malam : Himpun daya

30 JAN 2011 ( AHAD )

5.30 pagi : Solat Subuh berjemaah
Tazkirah 2: Kebersamaan Ukhuwah dalam Dakwah
En. Mohd Hafiz Hasan

7.30 pagi : Sarapan

8.00 pagi : Slot BADAR dan Lajnah Usrah dan Tarbiyah

9.00 pagi : Sidang Pleno dan Resolusi

10.00 pagi : Majlis Penutup & Penyampaian Sijil/ Cenderamata

11.30 pagi : Doa Wehdah
Bersurai
 Sepanjang KLANA berlangsung, pelabagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan para nuqaba' mendapat latihan yang secukupnya dan memberi keyakinan kepada mereka untuk mengendalikan usrah dengan berkesan. Hal ini selaras dengan slogan KLANA, "NAQIB TERLATIH, USRAH TERPIMPIN"!

Pada 30 Januari 2011, setelah selesai perbincangan resolusi bagi KLANA pada tahun ini yang dipengerusikan oleh Presiden Badar sendiri, Muhamad Ihsan bin Johan, majlis penutup dilangsungkan. Majlis ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Puan Lailawati binti Ahmad. Sebelum bersurai, salam ukhwah dilakukan antara nuqaba' dengan fasilitator. Wajah-wajah penuh perjuangan dapat dilihat  hasil daripada kem tersebut.

Semoga para nuqaba' berjaya mengetuai usrah dan memberi kesan dakwah kepada setiap ahli usrah seterusnya meningkatkan tahap sahsiah dalam kalangan pelajar SMKA SHAMS.


Feb 2, 2011

Program Harian

Sasaran Kerja BADAR

OBJEKTIF

  1. Melahirkan 50 pemimpin murid berketerampilan dan berfikrah Islam yang dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan.
  2.  Melahirkan murid yang bersahsiah cemerlang dan mampu berperanan dalam masyarakat, agama dan negara.

BIDANG PENCAPAIAN BADAR
  • Budaya Ilmu
  • Kepimpinan Berketerampilan
  • Sahsiah Terpuji
  • Jati Diri
  • Program Kemasyarakatan
sumber: MUROBBI SHAMS

    Sejarah Ringkas Badar SMKA SHAMS



    • Badan ini telah ditubuhkan bagi menyambung tugas yang pernah dipikul oleh Persatuan Pelajar Islam(PPI).
    •  Tujuan pertubuhan ini adalah untuk melahirkan generasi yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah perkara munkar.
    •  Pada hujung tahun 1990, kehadiran Ust. Saiful Bahrin telah mencorakkan sinar yang baru. 
    •  Badan ini mula diwajibkan kepada semua pelajar. 
    •  Badan ini telah dirasmikan oleh Ust. Khuzaimah bt Sulaiman di perhimpunan SMKA SHAMS pada 12 Februari 1992.
    •  “ Buku Peningkatan Sahsiah” telah dihasilkan oleh Ust. Saiful Bahrin pada tahun 1993 bertujuan untuk memperbaiki sahsiah pelajar. 
    • Pada tahun 1994, Hasil daripada perbincangan lanjut bersama-sama guru penasihat, maka wujudlah Buku Panduan Usrah untuk semua peringkat dari tingkatan 1-6.
    •  Operasi memberi kefahaman dan penghayatan islam yang jelas kepada para pelajar telah dipergiatkan. 
    •  Program Minggu Anti Murtad mendapat reaksi positif dari para pelajar sehingga membawa nama SMKA SHAMS ke Negeri Sembilan kerana hebatnya program ini. 
    •  Pada tahun 1999, tema “Generasi Rabbani Penggerak Tajdid Islami” telah membuka mata pelajar SHAMS. 
    •  BADAR telah diletakkan antara salah satu unit Lembaga Ketua Pelajar(LKP) selain unit asrama dan sekolah.
    •  Program-program BADAR telah mendapat sambutan daripada para pelajar. 
    •  Motto “Ke Arah Merealisasikan Akhlak al- Quran “ pada tahun 2005 menjadi kunci kepada BADAR pada masa itu. 
    •  Kecemerlangan akhlak pelajar SMKA SHAMS telah menjadi keutamaan. 
    •  Pada tahun 2006, di bawah bimbingan Ust, Khuzaimah Sulaiman, sebuah buku sukatan usrah telah berjaya dihasilkan oleh guru-guru agama SMKA SHAMS. 
    •  Buku ini mengandungi panduan sukatan usrah dari tingkatan 1-5. Buku sukatan ini telah digunakan oleh semua SMKA di seluruh negara
    •  Penghasilan buku ini merupakan suatu pencapaian yang besar bagi BADAR. Beberapa bengkel turut dikelolakan oleh guru- guru penasihat BADAR untuk memberi penerangan kepada guru-guru dari sekolah lain.