Feb 27, 2010

BergUrauLah KamU, sEpeRti Rasulullah

Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ada seorang lelaki meminta pada Rasulullah agar Rasulullah membawanya di atas kenderaan. Kemudian, Rasulullah bersabda, "Aku akan membawamu di atas anak unta."

Orang tersebut menjadi hairan kerana ia hanya melihat seekor unta dewasa, bukan anak unta. Kemudian, Rasulullah bersabda, "Bukankah yang melahirkan unta itu seekor unta juga?" (HR Abu Dawud & Tirmidzi).

Bergurau atau berkelakar adalah perencah dalam berkomunikasi yang biasa kita lakukan dalam pergaulan seharian. Sebagai tanda persahabatan, hal tersebut sudah menjadi lumrah dalam percakapan seseorang. Di samping dapat menghibur, bergurau juga dapat menjadikan suasana semakin akrab, menghilangkan rasa bosan, dan meredakan amarah, kerana dalam berkelakar muncullah benih persahabatan dan persaudaraan.



Pernah suatu ketika, Sufyan bin Uyainah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan tercela? Ia menjawab tidak, "Bahkan, termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutannya."
Dalam Surah An-Najmu (53) ayat 43, dijelaskan bahawasanya tertawa dan menangis adalah fitrah yang Allah s.w.t. anugerahkan pada manusia. Rasulullah s.a.w. pun menyebutkan bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikategorikan sebagai kebajikan. "Senyummu untuk saudaramu adalah kebajikan (sedekah)." (HR Imam Ahmad).

Untuk mewujudkan suasana kelakar, hendaknya seseorang menjauhi perbuatan yang tidak terpuji, antaranya mengungkapkan perkataan kotor, dusta, berolok-olok, dan merendah-rendahkan orang lain hanya demi menjadikan suasana kelakar dan orang lain tertawa. Nabi s.a.w. bersabda, "Celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa." (HR Abu Dawud).

Selain perbuatan tersebut mengandungi cela dan dosa, Rasulullah sendiri tak pernah berkelakar dengan para sahabat kecuali di dalamnya mengandungi kebenaran dan fakta. Hal tersebut dapat kita temui dalam hadith Abu Hurairah r.a. bahawa para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah bergurau dengan kami." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sesungguhnya tidaklah aku berbicara, kecuali yang benar." (HR Tirmidzi).
Selain hadith di atas, ada satu contoh kelakar Rasulullah yang sangat terkenal, iaitu ketika Rasulullah didatangi oleh seorang nenek tua yang bertanya, "Apakah kelak saya boleh masuk syurga?" Nabi pun menjawab, "Tidak akan ada orang tua di dalam syurga."

Mendengar jawapan itu, spontan nenek tersebut menangis. Lalu Rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak ada orang tua di dalam syurga kerana semua ahli syurga akan kembali belia. Demikianlah bergurau ala Rasulullah, penuh dengan didikan.

Feb 26, 2010

Mayat???

Marcapada ini, kita sering dimomokkan dengan pelbagai berita berunsur ghaib. Pelbagai kompeni filem dilihat semakin ghajin membikin filem2 seram yang kadang2 boleh menyebabkan kepercayaan kita tersasar. Di asrama sekolah pon pernah dikejutkan dengan perkara sebegini.. Pocong, Penanggalan dan sebagainya... tetapi, persoalannya, Benarkan mayat boleh kambali..?? benarkan roh yang sudah mati boleh berkomunikasi dgn kita???
kita kupas dan kongsi sama2 akan isu ini...
Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith:
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya." (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)

Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.



Feb 16, 2010

KLANA '10: mencetak 'artis' alaf baru



Kursus Latihan Naqib 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 29-31 Januari 2010. Bertempat di SMKA SKK SHEIKH HAJI MOHD SAID, para nuqaba’ dan naqibat begitu teruja sepanjang program berlangsung. Walaupun kursus pada tahun ini tidak kurang kontroversinya, rata-rata semua pihak berpuas hati.


Para nuqaba’ dan naqibat yang lama berganding bahu dan turut membimbing serta membantu para nuqaba' dan naqibat yang baru dilantik pada tahun ini. Pelbagai slot diadakan bagi melatih serta memberi garis panduan kepada para Naqib untuk menjalankan usrah masing-masing kelak.



 
Peserta2 program memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap slot yang sedang dijalankan.Tidak lupa catatan dan soalan-soalan yang ingin dikemukakan !


ustaz Khairul Hidayat merupakan salah seorang penceramah yang turut diundang bagi mencurahkan ilmunya.



slot 'simulasi usrah' yang memang hangat! semua nuqaba' dan naqibat diminta melakonkan situasi semasa usrah dijalankan. lebih menyeronokkan lagi apabila beberapa 'pengganggu' diletakkan untuk menguji kredibiliti si naqib itu sendiri. susah kan?



barisan fasilitator dan ustaz pun sudah mula pening kepala menguruskan program pada waktu itu. Siap digaru kepala yang tak gatal. hihihi.



acar penutup: para nuqaba' dan naqibat semakin bersemangat untuk berjuang!




para Nuqaba' menyanyikan lagu tema KLANA '10 dengan suara lemak merdu.



kamilah barisan daei. kamilah pemegang amanah. kamilah yang bertanggungjawab. inilah janji kami!



ALLAHU GHAYATUNA
AR-RASUL QUDWATUNA
AL-QURAN DUSTURUNA
AL-JIHADU SABILUNA
AL-MAUTU FI SABILILLAH
ASMA AMANINA

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!