Mar 29, 2012

Kalau Nak Derhaka pada Allah..Cuba Cari Tempat yang DIA Tak Tahu..

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Saya yakin ramai yang dah mendengar kisah ini. Namun, sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini. Always a reminder dalam menjalani kehidupan seharian. Sedarkan diri kita yang hanya menumpang di bumi Allah, bila-bila sahaja Allah boleh mengambil kembali nikmat yang diberikan jika kita tidak tahu bersyukur.


“Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.” (Ibrahim:7)


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Abu Ishaq?"



"Pertama, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, janganlah kamu makan rezeki-Nya." Pemuda itu bertanya lagi: "Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya?" Ibrahim menjelaskan, "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang kedua."


"Kedua, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, jangan tinggal di bumi-Nya." ujar lelaki tersebut, "Perkara ini mungkin lebih berat. Segala sesuatu yang ada bermula dari belahan timur sampailah ke barat adalah milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?" "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang ketiga."


"Ketiga, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, sekarang, cubalah cari suatu tempat yang mustahil diketahui-Nya, kemudian di tempat itu kamu bebas membuat maksiat." Lelaki itu semakin bingung lalu berkata, "Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapat dilakukan kerana Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?" "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya dan mengawasi setiap gerak-gerimu?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang keempat."



"Kempat, apabila malaikat pencabut nyawa hendak mencabut nyawamu, cuba minta diberikan tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat nasuha dan beramal soleh kerana Allah." Jawab lelaki itu, "Mustahil, dia mahu menerima permohonanku." Ibrahim berkata, "Kamu tidak mungkin mampu menolak sebuah kematian hingga kamu dapat bertaubat dan kamu tahu bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil akan memberikan tempoh kepadamu lalu bagaimana kamu mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" "Sekarang beritahu aku hal yang kelima"



"Kelima, jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya." Jawab lelaki itu, "Mereka tidak mungkin akan bersedia meninggalkan aku begitu sahaja walaupun aku kemukakan pelbagai alasan." Ibrahim bertanya lagi, "Jika demikian, bagaimana mungkin engkau mengharapkan  suatu keselamatan?" Kata lelaki itu, "Wahai Ibrahim, cukup! cukup!


Mar 12, 2012

GOLONGAN AHLI KUBUR



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..