Dec 26, 2010

Apa itu syiah ?

    PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH

       LATAR BELAKANG

       Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:

      i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)

      Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

      ii. Syiah Zaidiyah

      Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

      iii. Syiah Ismailiyah

      Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:

      i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

      Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).
      (Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)

      ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.

      Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

      iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

      a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.  c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:  i) Kasyf al-Asrar Oleh: Ayatullah al-Khomeini  ii) AI-Hukumah al-Islamiah Oleh: Ayatullah al-Khomeini  iii) Al-Sabah Min al-Salaf Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi  iv) AI- Usul Min al-Kaft Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H)  v) Tahrir al- Wasilah Oleh: Ayatullah al-Khomeini  vi) Al-Murajaat Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi  vii) Peshawar Nights Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin  viii) Mafatih al-jittan Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi  ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad) Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)  x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s? Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)  xi) Al-Sahabah Oleh: Haidar  xii) Ahlu al-Bait Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed  Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.  Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:  i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.  ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah  iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah  iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.  v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya. 

       PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

      Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.

      Info lanjut mengenai syiah ,sila rujuk link ini

No comments:

Post a Comment