Sep 10, 2011

Salam Eidul Fitri...

Begitu pantas masa berlalu,membawa Ramadhan meninggalkan kita di belakang. 1 Syawal sudahpun menjengah dah sudah lebih seminggu kita meraikan Syawal di Malaysia,barulah kami,pihak BADAR SHAMS berpeluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI kepada semua umat Islam yang berpeluang menatap ruangan ini.

Dalam menyambut Syawal yang biasanya berlanjutan sehingga sebulan di negara kita,janganlah kita melupakan beberapa adab yang perlu dijadikan panduan sepanjang menempuh bulan Syawal ini. Ini adalah bulan di mana kita sepatutnya lahir menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya kerana kita telahpun mendapat tarbiyah dari MADRASAH RAMADHAN selama sebulan.

Oh ya! Seperkara lagi yang sering kita lupa mengenai Syawal ialah,ucapan yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat pada hari raya iaitu :-


SELAMAT BERAYA SEMUA..!