Dec 17, 2009

Sedikit Perkongsian Tentang Tahun Baru Kita

36 surah at-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.

Keistimewaan taqwim hijrah


Hijrah merupakan perubahan besar kepada kehidupan umat Islam dan Islam itu sendiri yang mana sebelum ini tertindas tetapi berubah ke arah kegemilangan dan keagungan setta merubah peradaban dunia kepada tamadun yang tinggi seiring antara material dan ruhani tidak sebagaimana pembangunan material yang berjaya dibina oleh kafir Quraisy di Mekah dan juga 2 kuasa utama pada masa itu iaitu Parsi dan Rom.


Pemilihan Muharram sebagai bulan permulaan taqwim hijrah bukannya Rabiul Awwal pula dibuat adalah mengikut sebab-sebab berikut iaitu :



Pertama : Bulan Muharram merupakan bulan pertama bagi bulan-bulan yang lain dalam setahun mengikut perkiraan arab di mana telah berlaku pembaharuan dalam tarikh bermula pada bulan ini.



Kedua : Bai’ah Aqabah antara Rasulullah S.A.W dengan rombongan daripada Yathrib(Madinah) telah berlangsung pada bulan Zulhijjah. Selepas itu baginda S.A.W menyuruh muslimin berhijrah ke Madinah bagi mendapat pertolongan daripada saudara mereka yang digelar golongan Ansar di sana.


Ketiga : Muharram merupakan bulan haram dan ia berada selepas bulan Zulhijjah di mana para haji pulang ke rumah masing-masing.



Bagaimana Tarikh Hijrah Dipilih?


Apabila Sayyidina Umar yang merupakan khalifah pada masa itu telah menghantar surat perintah kepada pekerjanya di Basrah iaitu Abu Musa al-Asy’ari di mana dalam surat itu ditulis Sya’aban. Abu Musa al-Asy’ari telah menghantar surat kepada Sayyidina Umar untuk mengetahui masa yang sebenar tentang bulan Sya’ban itu samada yang sedang mereka berada sekarang atau pun Sya’aban yang telah lalu.


Sayyidina Umar terus memberi pandangan agar diadakan taqwim khas untuk panduan umat Islam. Pada tahun 17 Hijrah, Sayyidina Umar mencadangkan agar umat Islam mengadakan suatu pembaharuan bagi memulakan tarikh perjalanan hidup mereka berdasarkan taqwim khas.


Beliau telah menghimpun umat Islam pada masa itu dan berbincang dengan mereka mengenai taqwim ini.


1)Ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar dimulakan mengikut tahun kenabian S.A.W tetapi beliau menolaknya.


2)Ada yang mencadangkan agar dimulakan dengan mengambil tarikh hijrah Rasulullah S.A.W sebagai titik permulaan kepada taqwim umat Islam yang mana cadangan terus ini diterima.



Saidina Umar tidak mahu menggunakan tahun kelahiran Nabi sebagai tahun permulaan kerana ia sama dengan Kristian yang meletakkan kelahiran Nabi Isa sebagai tahun pertama dalam kalendar mereka.



Arab menamakan bulan-bulan yang ada dalam setahun dengan nama yang berbeza dengan sebab yang berbeza iaitu :


MUHARRAM: Disebabkan pengharaman berlakunya sebarang peperangan padanya di sisi bangsa arab.


SOFAR : Kawasan tempat tinggal kosong daripada penduduknya kerana mereka keluar berperang bagi menghabiskan sisa-sisa bulan halal sebelum masuk bulan haram.


RABIUL AWWAL : Manusia meresa seronok dan lapang padanya dan duduk di tempat tinggal ketika ini.


RABIUL AKHIR : Juga kerana manusia berseronok dan lapang pada bulan ini.


JAMADIL AWWAL : Bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu sejuk dan bekunya air.


JAMADIL AKHIR : Mereka mendakwa bahawa kebanyakan peristiwa-peristiwa yang besar berlaku pada bulan ini sehingga mereka berkata :” Ajaib bagi segala yang ajaib itu ialah antara Jamadi yang dua dan Rejab”.


REJAB:Dibesarkan dan dikatakan juga pekak kerana tidak terdengar suara bising dan suara pedang yang berlaga. Dipanggil bagi bulan ini lebih disukai kerana Allah menurunkan padanya rahmat dam keampunan kepada hamba-hambanya.


SYA’ABAN : Bertembung kepanasan yang terik pada awal waktu dan ia merupakan bulan berkat kerana semua kitab samawi (wahyu kepada nabi-nabi) diturunkan pada bulan ini termasug suhuf nabi Ibrahim, Taurat, Injil dan al-Quran al-Karim. Waktu berubah mengikut peredaran zaman yang mana bulan ini selepas berlalunya setiap 25 dan 16 tahun berpindah daripada musim panas kepada musim sejuk.



SYAWAL : Bulan di mana diberi minum unta dan kerana ia merupakan awal bulan haji.



ZULKAEDAH : Kerana arab berhenti daripada berperang pada bulan ini dan ia juga merupakan awal bulan haram.



ZULHIJJAH : Kerana arab mengerjakan haji pada bulan ini.



Wallahualam :-)

No comments:

Post a Comment