Peperiksaan PMR ini hanyalah menjadi penanda aras.Secara teknikalnya,peperiksaan ini tidaklah penting malah tahun lepas,ada dibincangkan supaya PMR ini dimansuhkan.Namun, renungkanlah, adakah kita menuntut ilmu semata-mata untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Inilah yang menjadi cabaran bagi kita.Walaupun PMR bukan peperiksaan yang menentukan masa depan secara keseluruhan,namun PMR telah membawa pengajaran bagi kita untuk lebih berusaha pada masa akan datang.PMR juga memberi kita iktibar supaya kita bermuhasabah untuk peperiksaan SPM nanti.
PMR juga menjadi titik tolak untuk kita terjun ke bidang yang kita layak dan minat supaya kita lebih mudah untuk fokus secara telus dalam bidang yang kita akan ceburi pada masa akan datang.PMR juga menjadi post mortem bagi kita atas kelemahan yang kita lakukan sewaktu berperang selama tiga tahun semasa sekolah menengah.
PMR juga menguji kita adakah kita akan terus alpa dengan keputusan yang baik sehingga mencacatkan prestasi kita pada menengah atas.PMR memberi kita peransang. PMR juga sebenarnya menguji sejauh mana kita menghargai guru.Adakah selepas kita mendapat keputusan,kita terus sahaja berlenggang bangga atau sedih dengan keputusan itu? Jawapannya, anda akan lihat aksi anda masing-masing ketika mengambil slip keputusan pada 24 haribulan nanti.Jika kita tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada guru walau apa pun keputusan kita,nampaknya,PMR benar-benar menguji kita.
PMR bukanlah penanda aras IQ.Ada orang yang selalu mendapat keputusan baik sewaktu peperiksaan sekolah,tetapi tidak dapat keputusan cemerlang dalam PMR.Itu perkara biasa. Kucing yang makan lasagna lebih ganjil daripada fenomena ini.Ada juga orang yang jarang-jarang mendapat A dalam peperiksaan,tetapi mampu memungut semaksimum A sewaktu PMR. Itu tidak ganjil.
PMR bukanlah penanda aras IQ.PMR bukannya menimbulkan persoalan, "Dia tak dapat 9A, dia bodoh." atau "Dia budak yang hebat,dia dapat 9A." bukan.Itu bukan persoalan yang betul dalam PMR.Tak semestinya yang mendapat 9A itu orang pandai atau sebaliknya,tetapi persoalan yang harus ditimbulkan, 'bagaimana dia mendapat keputusan tersebut?'
PMR membincangkan bagaimana seseorang itu mendapat keputusan yang mereka dapat, bukannya konklusi.PMR bukan rumusan terbaik untuk mengatakan seseorang itu pandai. PMR adalah post mortem.PMR adalah alat untuk melihat kelemahan dan kelebihan.Ia bukan alat untuk melihat kepandaian dan kebebalan.
Seperti yang dikatakan tadi,PMR bukanlah satu medan untuk kita merumuskan siapa yang pandai.PMR sebenarnya ujian bagi sang calon untuk menghadapi ujian yang lebih besar. Ianya seperti melawan anak naga yang kecil supaya dapat melintas ke jambatan untuk melawan bapak naga yang segedang.
Kepada semua calon PMR,bermuhasabahlah selepas mendapat keputusan.PMR bukannya mengatakan anda pandai atau bodoh,tetapi menjadi ujian bagi anda semua untuk lebih baik pada masa akan datang.
Andai anda mendapat keputusan yang baik,anda fikir,mengapa anda mendapat keputusan sedemikian?Adakah disebabkan anda selalu study malam?Atau selalu membuat kebaikan? Atau anda yang pemalas,malas ibadah,usaha,tidak hormati guru,selalu membuat masalah di sekolah dan rumah,tetapi mendapat keputusan yang cemerlang,cuba bermuhasabah,adakah anda mendapat keputusan yang berkat daripada Allah.
Andai anda mendapat keputusan yang buruk,anda fikir,mengapa anda mendapat keputusan sedemikian?Adakah disebabkan anda pemalas?Anda tak suka ulang kaji?Atau anda selalu buat masalah?Jika anda merasakan anda lebih daripada itu,ingatlah..
Kami,saf pimpinan BADAR mendoakan kalian mendapat keputusan yang terbaik, berkat dan berhikmah setanding dengan usaha anda semua dalam keputusan PMR nanti.Dan kami berharap,anda semua dapat menggunakan IQ anda untuk memajukan Islam serta mewarnai biah solehah di SMKA SHAMS.
~Semoga sukses~