Nov 23, 2009

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) BADAR

Bismillahirahmanirahim..

Pada 13 dan 14 November 2009 yang lepas, semua pimpinan BADAR 2009/2010 telah menghadiri Bengkel Pengurusan Organisasi BADAR di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.
Bengkel ini merupakan anjuran SMKA SHAMS serta dengan kerjasama ALUMNI Badar SMKA SHAMS.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk melahirkan pimpinan Badar yang cemerlang dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
Bengkel ini telah dihadiri oleh semua pimpinan Badar SHAMS 2009/2010 iaitu seramai 18 orang.
Bengkel Pengurusan Organisasi BADAR kali ini bertemakan ' Kesatuan Fikrah dan Tindakan Menjana BADAR Berwibawa '.

Antara pengisian yang telah membuka minda pimpinan Badar 2009/2010 ialah ceramah, bengkel, muhasabah pemimpin serta Latihan dalam Kumpulan ( LDK ).

Bengkel Skil Asas Kepimpinan telah dikendalikan oleh Saudara Said Muhammad Jamaluddin, Mantan Presiden BADAR SHAMS 2001.
Melalui bengkel ini, semua pimpinan Badar telah didedahkan dengan skil-skil asas sebagai seorang pemimpin antaranya ialah, thiqah (kepercayaan), amanah serta karisma.

Seterusnya, Ceramah Pembentangan Modul Pemantapan Sahsiah telah dikendalikan oleh Saudara Mu'az bin Abdul Hamid, Mantan Presiden BADAR SHAMS 2003.

Melalui Bengkel Kenali Tugas Anda oleh Saudara Muhamamad Izzuddin bin Nazaruddin, Mantam Presiden BADAR SHAMS 2007 telah membuka mata semua pimpinan Badar mengenai skop tugasan lajnah masing-masing.

Ceramah Penyusunan Taqwim BADAR yang telah disampaikan oleh Saudara Shahir bin Md. Shah, Mantan Presiden BADAR 2002 telah disampaikan dengan jayanya.

Perkongsian ilmu secara santai bersama Saudari Farhanah binti Omar juga telah mendekatkan hati-hati pimpinan Badar dengan gerak kerja serta tugasan masing-masing.

Selain itu, semua pimpinan Badar telah didedahkan tentang Penyelarasan Taqwim oleh Ustazah Syakirah, guru penyelaras Badar SHAMS.

LDK juga telah berjalan dengan lancar, melalui LDK semua pimpinan Badar dapat menyediakan manual gerak kerja lajnah untuk setahun.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Ustazah Asmah Rahim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA SHAMS. Beliau menekankan tentang kepentingan Badar di sekolah dalam membina jati diri dan sahsiah pelajar.

Rata-rata peserta bengkel ini berpuas hati dan berharap bengkel seperti ini akan terus diadakan untuk masa akan datang sebagai salah satu madah untuk memperkenalkan pimpinan Badar yang baru kepada skop tugasan masing-masing dengan lebih jelas dan terperinci.

Semoga semua pimpinan Badar SMKA SHAMS 2009/2010 akan sentiasa bersemangat untuk menggerakkan agenda dakwah serta ikhlas dengan segala-galanya.. InsyaAllah..

Akhir kalam,
bagi pihak pimpinan Badar SHAMS 2009/2010,
Syukran jazilan diucapkan kepada pihak pentadbir SMKA SHAMS, pihak Badar SHAMS, dan Alumni Badar SHAMS serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan bengkel ini.

Wasalam..