Mar 5, 2011

Program Demi Masa

Bak kata Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS , " Masa itu nyawa " . Oleh itu Puan Aminah dengan kerjasama pihak BADAR telah melancarkan satu program untuk mendidik para pelajar untuk menghargai dan menepati masa . Program ini berjalan selama tiga bulan berturut-turut iaitu bermula pada bulan Mac hingga Mei .Pada 28 Februari yang lalu , majlis pelancaran telah dijalankan di Dewan Ibnu Abbas dan dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang diikuti dengan sedikit gimik perasmian .

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa . Oleh itu , diharap semua warga SHAMS supaya memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakan program bermanfaat ini .

Mahabatur Rasul 2011



Pada 11 hingga 18 Februari 2011 , pihak BADAR telah menganjurkan program Mahabbatur Rasul sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 15 Februari 2011 . Program ini di bawah seliaan Lajnah Ceramah dan Penerangan .Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Qiammullail , Kuiz Terkumpul , Malam Eksplorasi Sirah , Pertandingan Khat , Pertandingan Poster , Explorace , Ifthar Jamaie' serta Pertandingan Kain Rentang dan Perarakan .

Tema untuk tahun ini ialah WE LOVE RASULULLAH . Pihak BADAR telah mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pihak guru dan pelajar . Mereke mengatakan bahawa aktiviti tahun ini  lebih baik daripada tahun sebelumnya . Alhamdulillah . Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat menyerapkan rasa cinta kepada Rasulullah seterusnya dapat melahirkan para pelajar yang istiqamah melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .



















Terdapat banyak lagi gambar di Facebook BADAR SHAMS :)

Kem Bestari Solat di SM Vokasional Dato' Undang Haji Mohd Sharip,Rembau

Nuqaba' dan naqibat BADAR telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi Kem Bestari Solat pada 11 dan 12 Februari 2011 . Seramai 40 orang terpilih untuk menjadi fasilitator di mana mereka terdiri daripada nuqaba' dan naqibat Tingkatan 5 dan 6 . Kebanyakan peserta kem ini ialah pelajar perempuan dan hanya terdapat segelintir sahaja peserta lelaki . Kem ini bermula pada hari Jumaat malam Sabtu . Kuliyah Maghrib telah disampaikan oleh saudari Nur Khalidah bt Mohd Amir manakala selepas Isya' , Ustaz Hapizi telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Remaja dan Solat .

Keesokan harinya selepas Subuh , saudari Izwatul Jannah , Siti Noor dan Nurafifah telah menyampaikan sebuah forum . Kemudian diikuti dengan beberapa  aktiviti senaman ringan . Aktiviti berkumpulan dimulakan dengan Slot Wudhuk , Slot Tayammum dan diteruskan dengan Slot Solat pada sebelah petangnya . Akhir sekali , majlis penutup berlangsung dengan dirasmikan oleh Pengetua SMV DUHMS . Semua fasilitator diberikan sijil penghargaan dan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah terbabit . 

Kem ini dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar SHAMS dan DUHMS serta dapat berkongsi pelbagai pengalaman dan ilmu agama . Selain itu , kem ini dapat melatih para nuqaba' dan naqibat untuk berdakwah kepada orang lain .