Nov 3, 2011

Jawapan Teka-Teki di Utusan Terakhir Badar SHAMS


Ayat pertama dalam Al-Quran?
Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim…

Ada 6 perkara....Tapi, 6 - 6 = 0 (Betul la kan....),6 - (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) = 0 jugak... Apakah ia?
Jawapan: Rukun Iman

What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?

Jawapan :
NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die

Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil.. masa tu just ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda... 1/6 la tu..

:) 

Oct 30, 2011

Buat Pilihan...


Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad dan para sahabat wa sahabiah yang dirahmati Allah.
Dalam kesibukan hidup, mari kita luangkan masa s e k e t i k a untuk mengecajkan iman.
Jom kita tinjau situasi ummah kini sekejap. Berapa ramai lelaki yang beragama Islam di luar sana yang menengking ibu bapa? Berapa ramai pula remaja yang terpesong jauh ke dalam lubang maksiat? Berapa ramai pakcik-pakcik yang merokok di hadapan masjid selepas selesai solat jemaah magrib? Berapa ramai pula perempuan yang hanya ber-selendang- kemudian masuk ke surau pada waktu senja untuk menunaikan solat asar?
Mari kita skopkan lebih dekat dengan kita, di sekolah kita. Berapa ramai banin yang tidak menjaga pandangan? Berapa ramai banat yang masih tidak mampu menutup aurat apabila di luar sekolah? Berapa ramai yang masih tidak menjaga adab-adab ketika dalam masjid? Berapa ramai yang masih lagi tersisa dengan karat-karat j a h i l i y y a h? Masih menipu, syak wasangka, ikhtilat, assahbiyah dan perkara-perkara lain yang melalaikan? Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?
Mereka ini semua yang mengaku Islam dan masih lagi melaksanakan ibadah-ibadah fardhu. Kalau kita pergi kepada golongan-golongan tersebut mahupun diri kita sekali pun, dan tujukan soalan sebegini,
“Nak masuk syurga tak?”
Siapa tergamak jawab “tak nak.” Semestinya s e m u a akan jawab dia inginkan syurga. Semua inginkan kenikmatan yang abadi itu yang telah dijanjikan oleh Allah. Antara ayat al-Quran yang kerap kita dengar,
Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.” (Surah Yasin; 57)
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah “salam”” (Surah Ibrahim; 23)
Jadi untuk mencapai kelayakan untuk memasuki syurga, umat Islam sentiasa menjaga ibadah-ibadah fardhunya. Paling kurang pun, masih juga kekalkan agamanya sebagai Islam dan laksanakan ajarannya seolah-olah budaya dan tradisi. Tetapi Allah ciptakan bukan syurga sahaja.
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah Ar-Ra’d; 35)
Allah ciptakan syurga dan neraka. Hidup manusia di akhirat yang tiada batasan masanya itu akan bertempat di salah satu tempat ini sahaja; kediaman penuh nikmat dan kebahagiaan, atau, lubang neraka yang ditaburi azab-azab yang pedih tak terhingga. Jadi, jika ingin masuk ke syurga, juga bermakna kita tidak ingin masuk ke neraka. Setuju?
Tapi kenapa kita menjaga perkara-perkara tertentu agar dapat dimasukkan ke dalam syurga tapi tetap melakukan perkara-perkara yang boleh menghumbankan kita ke dalam neraka? Adakah kita ingin berada ditengah-tengah?
Hayati situasi ini,
A: Hang solat dah?
B: Dah, tadi.
A: Wah, bagus gak hang ni. Hang jaga gak solat hang.
B: Aku pun nak masuk syurga jugak.
A: Tapi napa hang dok couple?
B: Alah, yang tu pandai-pandai la aku jaga. Satu masa nanti aku stop ar.
Semestinya situasi sebegini pernah berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Kekalkan Islam pada tahap yang minima untuk dapatkan syurga tetapi tetap aktif melakukan perkara mungkar yang memang hanya menempah neraka.
Jadi, marilah sama-sama kembali bermuhasabah diri. Hidup kita di dunia sangatlah s e k e j a p berbanding akhirat yang bersifat kekal itu. Ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja malah setiap saat yang berlalu mendekatkan lagi kita kepada liang lahad. 
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
Bahawa malaikat maut memerhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok danbergelak ketawa.”
Cukuplah hadis itu sebagai peringatan terhadap masa yang begitu sedikit kita ada di dunia ini. Naqibah ana pernah berkata, “Di dunia ni, kita boleh buat pilihan. Nak buat apa, nak makan apa, nak pakai apa. Tapi bila nyawa kita dah diambil, tanda tamatnya masa kita boleh wat pilihan. Lepas tu semua apa yang kita dapat tak boleh lagi kita pilih”. Jadi, selagi kita masih dipinjamkan kuasa untuk membuat pilihan terhadap setiap tindakan kita, pilihlah untuk sentiasa beramal untuk dekati syurga dan pada masa yang sama jauhi segala amalan mungkar yang akan menjadikan kita ahli neraka.
Marilah kita berusaha untuk dibangkitkan dalam satu-satunya golongan yang Rasulullah kata akan masuk ke syurga. Wajah mereka kelak bagaikan bulan purnama, berjalan merentasi titian mustaqim sepantas kilat. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. InsyaAllah.
Ini hanyalah peringatan khusus untuk ana, tetapi mahu dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Cepat-cepatlah kita mengkoreksi diri kemudian terus bantu yang lain di luar sana yang masih b e l u m lagi disampaikan ilmu tentang hakikat syurga dan neraka.
InsyaAllah.
Wallahualam.

Oct 8, 2011

Buat Sekalian Wanita..



Salam.. 

Zaman ini,ramai wanita dan gadis-gadis bersedia mempertikaikan hukum Allah yang nyata di dalam Al-Quran iaitu mengenai perintah mengenai pemakaian hijab (menutup aurat). 

Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Telah terang dan nyata,perkara menutup aurat ini jelas di dalam Al-Quran. Bukan hanya dalam surah An-Nur sahaja malahan juga beberap surah yang lain. Ramai yang mempersoalkan hukum ini malahan ada juga yang mengatakan tudung sudah tidak boleh dipraktikkan pada zaman moden ini. Ada juga yang mengatakan tudung ini menyekat kebebasan wanita,salah satu cara bagi lelaki menunjukkan kuasa veto mereka terhadap wanita.


Baiklah.. Di bawah adalah jawapan bagi persoalan-persoalan 'kurang bijak' tersebut..



Bagi pendai'e-pendai'e di luar sana,inilah soalan-soalan yang sering dilontarkan oleh kebanyakan wanita. Namun begitu,kebijaksanaan mampu menjawab semua persoalan itu dengan logik akal dan mudah difahami.

Barakallahufikum.. 

Sep 16, 2011

Sayonara Jahiliyyah..


Moga selepas ini..BADAR SHAMS dapat menjadi sekreatif ini.. 
Insyaallah.. Dakwah itu ada caranya.. 

Sep 15, 2011

Bermonolog



ana dah ada boyfriend.
tapi..

ana tak tahu dia berada dekat mana.
jumpa belum.
nama tak tahu.
hanya Allah jer tahu dia siapa.

ana pun tunggu dia setiap hari
tak sabar nak jumpa dia.
rindu kepada dia , sungguh tak dapat ditafsirkan.
walau ana tak tahu. tapi ana masih rasa rindu

Ya Allah
hensemkah dia ?
tinggikah ?
menawan tak senyuman dia ?

Ya Allah
bagaimana hubungannya dengan-MU ?
sihatkah imannya ?
mampukah dia membimbingku ?

.........

ana masih tertanya tanya..
Allah , peliharalah hatiku.
perbualan , monolog dalaman itu.
terngiang.
dia yang mendengar hanya senyum.

syukur kepada Allah untuk kurniaan ini.
cuma
satu sahaja harapan
moga terus dipeliharakan hati.
tidak dicemari.
biarpun siapa dia. syukurlah

*nurin azmina 4 Ikhlas

Sep 10, 2011

Salam Eidul Fitri...

Begitu pantas masa berlalu,membawa Ramadhan meninggalkan kita di belakang. 1 Syawal sudahpun menjengah dah sudah lebih seminggu kita meraikan Syawal di Malaysia,barulah kami,pihak BADAR SHAMS berpeluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI kepada semua umat Islam yang berpeluang menatap ruangan ini.

Dalam menyambut Syawal yang biasanya berlanjutan sehingga sebulan di negara kita,janganlah kita melupakan beberapa adab yang perlu dijadikan panduan sepanjang menempuh bulan Syawal ini. Ini adalah bulan di mana kita sepatutnya lahir menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya kerana kita telahpun mendapat tarbiyah dari MADRASAH RAMADHAN selama sebulan.

Oh ya! Seperkara lagi yang sering kita lupa mengenai Syawal ialah,ucapan yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat pada hari raya iaitu :-


SELAMAT BERAYA SEMUA..!

Aug 5, 2011

Want a Remarkable Ramadhan??



easy to be said, hope it's hard to forget.. just use these 4 steps.. 

1. Free your mind from..
clutter , negative thoughts, meaningless worry. 
negative thoughts breed, one bad though leads to another. In Quran also saids, it may add up your sins too..Focus on something else when the mind wonders into negative space and when you do have to worry, worry only about your relationship with ALLAHswt. 

2. Free your body from..
tensity, laziness, bad speech.
fasting does not give you excuse to be weak; look at the companions during the Battle of Badr! As for bad speech, when someone antagonizes you say, "Verily, i'm fasting, i'm fasting, i'm fasting..."

3. Free your heart from..
vengeance, hatred, unforgiveness.
Learn to let go. ALLAH swt. says in the Quran that those who become angry but quick to forgive will have reward from ALLAH! and remember that companion who forgaveeveryone before he went to be being describes by the Prophet saw. as a person fromJannah? 

4. Free your spirit from..
Hubb ad-Dunya, people&things.
Remember, everything in this world is temporary. Your parents, your love, your relatives, your friends, your house, your games, your computer, your mp3... everything. Use Ramadhan to detach yourself from your love for everything in this world, because in the end.. Only ALLAHswt. remains close to you.... So just pick, which one is worth to do.. do what ALLAH loves, or what our desire wants? 


Jul 30, 2011

Sekretariat Pelajar Program Ramadhan Madrasah Tarbiyah (RAHMAT'11)



Tanpa disedari,masa berlalu dengan begitu pantas. Alhamdulillah.. Kita masih diberi nafas untuk terus menjalani pada hari ini. Masa yang berlalu sudahpun menghampiri Ramadhan. Insyaallah.. Kita diberi lagi peluang bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Untuk menyambut kedatangan Ramadhan kali ini,para murobbi BADAR SHAMS telahpun bersetuju untuk melancarkan sebuah program seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya iaitu, RAMADHAN MADRASAH TARBIYAH atau lebih dikenali sebagai RAHMAT. 

Sehubungan dengan itu,sekumpulan pelajar telah dipilih untuk mengelolakan program ini pada tahun ini. 

Di bawah adalah senarai sekretariat pelajar yang telah dipilih untuk mengelolakan RAHMAT '11. 

PENGERUSI : Farhan Izzat b Hamran (4 Islah)
TIMB. PENGERUSI : Atiffah Zawani bt Abd. Razak (4 Ikram)
SETIAUSAHA : Ahmad Zaidi b Baharuddin (6 Rend. Islah)
TIMB. SETIAUSAHA : Nurul Nabihah bt Mohd. Zin (4 Ikhlas)

JAWATANKUASA ATURCARA DAN PROTOKOL 
Wan Amir Asyraf b Romlee (4 Ikram)
Rabiatul Adawiyah bt Mohd Nooh (6 Rend. Ikhlas)

JAWATANKUASA PENIGISAN DAN CERAMAH
Faridzamir b Rifin (4 Ikhlas)
Aida Nabila bt Muhamad Sopiee (4 Islah)

JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN CENDERAHATI 
Mohamad Firdaus b Mohd Razis (4 Islah)
Nur Athirah bt Muhamad Afandi (4 Irsyad)

JAWATANKUASA PENERBITAN DAN MULTIMEDIA 
Mohamad Amirul b Mohd Yaacob (4 Ikram)
Mimi Farah bt Mohd Jazman (4 Ikhlas)

JAWATANKUASA DISIPLIN DAN TUGAS-TUGAS KHAS
Muhammad Abdul Khalid b Mauluddin (6 Rend. Ikhlas)
Nur Aishah bt Jamaludin (4 Irsyad)

JAWATANKUASA JAMUAN DAN MAKANAN 
Muhammad Sulhi b Abu Samah (4 Islah)
Lyana Shuhaida bt Huzaizi (4 Ihsan)

JAWATANKUASA PERSIAPAN,TEKNIKAL DAN TEMPAT
Muhd Alif Ikmal b Baharudin (4 Ikram)
Nurina Hadhirah bt Selamat (4 Ikram)

Jun 25, 2011

Kem Tautan Ukhwah

Tarikh: 17-19 Jun 2011
Objektif: "Merapatkan kembali ukhwah antara pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 3 yang kian renggang".

Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 2 dan 3.Pendaftaran pelajar pada 17 Jun 2011 di surau Al-Hidayah. Majlis penutup pula dilakukan pada 19 Jun pada pukul 5.15 petang. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilakukan.
- ucapan pengarah program
- ucapan penghulu dan penghuluwati
- ucapan perasmian oleh bonda
- penyampaian hadiah
- majlis berakhir
12.30 tgh hari(slps majlis penutup)
-sesi fotografi























p/s: Ada banyak lagi gambar dekat Facebook BADAR SHAMS :)

Apr 9, 2011

Kempen Demi Masa

Sepanjang Kempen Demi Masa berlansung, beberapa pertandingan telah dijalankan. Antaranya ialah:

Pertandingan Melukis Poster

18-29 April 2011
Setiap usrah wajib menghantar satu poster.
Tema: Cintai Masa & Cintai Nyawa
Masa itu Nyawa

Pertandingan Menulis Esei/ Menulis Komik/ Karikatur

4-29 April 2011
Terbuka kepada semua warga SMKA SHAMS

 Esei:    - Minimum 3 helai
            - Tema : Demi Masa

Komik: - Minimum satu muka surat dan 8 kotak
            - Tema: Demi Masa





Mar 5, 2011

Program Demi Masa

Bak kata Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS , " Masa itu nyawa " . Oleh itu Puan Aminah dengan kerjasama pihak BADAR telah melancarkan satu program untuk mendidik para pelajar untuk menghargai dan menepati masa . Program ini berjalan selama tiga bulan berturut-turut iaitu bermula pada bulan Mac hingga Mei .Pada 28 Februari yang lalu , majlis pelancaran telah dijalankan di Dewan Ibnu Abbas dan dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang diikuti dengan sedikit gimik perasmian .

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa . Oleh itu , diharap semua warga SHAMS supaya memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakan program bermanfaat ini .

Mahabatur Rasul 2011



Pada 11 hingga 18 Februari 2011 , pihak BADAR telah menganjurkan program Mahabbatur Rasul sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 15 Februari 2011 . Program ini di bawah seliaan Lajnah Ceramah dan Penerangan .Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Qiammullail , Kuiz Terkumpul , Malam Eksplorasi Sirah , Pertandingan Khat , Pertandingan Poster , Explorace , Ifthar Jamaie' serta Pertandingan Kain Rentang dan Perarakan .

Tema untuk tahun ini ialah WE LOVE RASULULLAH . Pihak BADAR telah mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pihak guru dan pelajar . Mereke mengatakan bahawa aktiviti tahun ini  lebih baik daripada tahun sebelumnya . Alhamdulillah . Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat menyerapkan rasa cinta kepada Rasulullah seterusnya dapat melahirkan para pelajar yang istiqamah melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .



















Terdapat banyak lagi gambar di Facebook BADAR SHAMS :)