Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad dan para sahabat wa sahabiah yang dirahmati Allah.
Dalam kesibukan hidup, mari kita luangkan masa s e k e t i k a untuk mengecajkan iman.
Jom kita tinjau situasi ummah kini sekejap. Berapa ramai lelaki yang beragama Islam di luar sana yang menengking ibu bapa? Berapa ramai pula remaja yang terpesong jauh ke dalam lubang maksiat? Berapa ramai pakcik-pakcik yang merokok di hadapan masjid selepas selesai solat jemaah magrib? Berapa ramai pula perempuan yang hanya ber-selendang- kemudian masuk ke surau pada waktu senja untuk menunaikan solat asar?
Mari kita skopkan lebih dekat dengan kita, di sekolah kita. Berapa ramai banin yang tidak menjaga pandangan? Berapa ramai banat yang masih tidak mampu menutup aurat apabila di luar sekolah? Berapa ramai yang masih tidak menjaga adab-adab ketika dalam masjid? Berapa ramai yang masih lagi tersisa dengan karat-karat j a h i l i y y a h? Masih menipu, syak wasangka, ikhtilat, assahbiyah dan perkara-perkara lain yang melalaikan? Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?
Mereka ini semua yang mengaku Islam dan masih lagi melaksanakan ibadah-ibadah fardhu. Kalau kita pergi kepada golongan-golongan tersebut mahupun diri kita sekali pun, dan tujukan soalan sebegini,
“Nak masuk syurga tak?”
Siapa tergamak jawab “tak nak.” Semestinya s e m u a akan jawab dia inginkan syurga. Semua inginkan kenikmatan yang abadi itu yang telah dijanjikan oleh Allah. Antara ayat al-Quran yang kerap kita dengar,
“Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.” (Surah Yasin; 57)
“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah “salam”” (Surah Ibrahim; 23)
Jadi untuk mencapai kelayakan untuk memasuki syurga, umat Islam sentiasa menjaga ibadah-ibadah fardhunya. Paling kurang pun, masih juga kekalkan agamanya sebagai Islam dan laksanakan ajarannya seolah-olah budaya dan tradisi. Tetapi Allah ciptakan bukan syurga sahaja.
“Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah Ar-Ra’d; 35)
Allah ciptakan syurga dan neraka. Hidup manusia di akhirat yang tiada batasan masanya itu akan bertempat di salah satu tempat ini sahaja; kediaman penuh nikmat dan kebahagiaan, atau, lubang neraka yang ditaburi azab-azab yang pedih tak terhingga. Jadi, jika ingin masuk ke syurga, juga bermakna kita tidak ingin masuk ke neraka. Setuju?
Tapi kenapa kita menjaga perkara-perkara tertentu agar dapat dimasukkan ke dalam syurga tapi tetap melakukan perkara-perkara yang boleh menghumbankan kita ke dalam neraka? Adakah kita ingin berada ditengah-tengah?
Hayati situasi ini,
A: Hang solat dah?
B: Dah, tadi.
A: Wah, bagus gak hang ni. Hang jaga gak solat hang.
B: Aku pun nak masuk syurga jugak.
A: Tapi napa hang dok couple?
B: Alah, yang tu pandai-pandai la aku jaga. Satu masa nanti aku stop ar.
Semestinya situasi sebegini pernah berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Kekalkan Islam pada tahap yang minima untuk dapatkan syurga tetapi tetap aktif melakukan perkara mungkar yang memang hanya menempah neraka.
Jadi, marilah sama-sama kembali bermuhasabah diri. Hidup kita di dunia sangatlah s e k e j a p berbanding akhirat yang bersifat kekal itu. Ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja malah setiap saat yang berlalu mendekatkan lagi kita kepada liang lahad.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
‘Bahawa malaikat maut memerhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok danbergelak ketawa.”
Cukuplah hadis itu sebagai peringatan terhadap masa yang begitu sedikit kita ada di dunia ini. Naqibah ana pernah berkata, “Di dunia ni, kita boleh buat pilihan. Nak buat apa, nak makan apa, nak pakai apa. Tapi bila nyawa kita dah diambil, tanda tamatnya masa kita boleh wat pilihan. Lepas tu semua apa yang kita dapat tak boleh lagi kita pilih”. Jadi, selagi kita masih dipinjamkan kuasa untuk membuat pilihan terhadap setiap tindakan kita, pilihlah untuk sentiasa beramal untuk dekati syurga dan pada masa yang sama jauhi segala amalan mungkar yang akan menjadikan kita ahli neraka.
Marilah kita berusaha untuk dibangkitkan dalam satu-satunya golongan yang Rasulullah kata akan masuk ke syurga. Wajah mereka kelak bagaikan bulan purnama, berjalan merentasi titian mustaqim sepantas kilat. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. InsyaAllah.
Ini hanyalah peringatan khusus untuk ana, tetapi mahu dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Cepat-cepatlah kita mengkoreksi diri kemudian terus bantu yang lain di luar sana yang masih b e l u m lagi disampaikan ilmu tentang hakikat syurga dan neraka.
InsyaAllah.
Wallahualam.
*credit to : http://www.4qiadah11.org/
No comments:
Post a Comment