Feb 3, 2012

Majlis Pelancaran Minggu Aishiteru ya Rasulullah (saya cinta Rasulullah)...





Tarikh : 
3 Februari 2012 bersamaan 10 Rabiulawal 1433H

Masa : 
7.15 - 9.00 pagi

Perasmian oleh : 
Puan Hajjah Lailawati bt Ahmad, Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS

Tempat : 
Dewan Ibnu Abbas

Anjuran : 
BADAR SMKA SHAMS

MUQADIMAH 

Rasulullah saw merupakan pemimpin agung umat Islam dan menjadi ikutan dalam semua aspek kehiudpan perlu diingati serta disanjungi. Justeru, dengan kehadiran bulan ini, pihak BADAR SMKA SHAMS mengambil inisiatif untuk mengadakan Minggu Aishiteru ya Rasulullah sebagai pemangkin untuk menyemarakkan semangat kecintaan warga SHAMS terutama para pelajar sebagai remaja Muslim agar mencintai dan menghayati perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah saw. 

Aishiteru merupakan perkataan Bahasa Jepun yang membawa maksud "Saya Mencintai Kami". Manakala, Ya Rasulullah merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud "wahai Rasulullah".

OBJEKTIF 

  • Melahirkan individu yang mengamalkan sunnah Rasulullah saw. 
  • Menarik minat pelajar untuk mengenali dan mencontohi syamail Rasulullah saw. 
AKTIVITI-AKTIVITI YANG BAKAL DILANGSUNGKAN 
  • Rabu (8 Februari) 
    • Pengedaran risalah Soutul BADAR
  • Khamis (9 Februari)
    • Pengedaran risalah Soutul BADAR
  • Jumaat (10 Februari)
    • pagi : Qiamulail
    • malam : Forum 
  • Sabtu (11 Februari)
    • pagi : Hijaratul Rasul (merentas desa)
    • malam : tayangan
  • Ahad (12 Februari)
    • pagi : Karnival Aishiteru, Ya Rasulullah (pameran,pertandingan kuiz,khat)
  • Isnin (13 Februari)
    • Penutupan (perarakan dan pertandingan kain rentang)
Pertandingan lain : Pertandingan Membuat Poster

"Umatku..Umatku..Umatku.."
Begitulah saat-saat akhir manusia agung, 
Jiwanya dipenuhi rasa kasih pada ummatnya, 
Setiap detik hayatnya adalah untuk ummatnya, 
Setiap kepayahannya adalah untuk keselematan ummatnya,
Setiap jerih perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup ummatnya. 
Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang,
Kasih sayang yang tiada ukurannya, untuk kita..ummatnya.. 

5 comments:

  1. misz this m0ment..
    alhamdulillah, bjln lncr..
    bnykkn slwt ke ats nabi..
    *prngtn t0k diri n shbt2 d SMKA SHAMS

    ReplyDelete
  2. Ya Allah,..Nabi MUhammad sayang dekat umatnya..adakah kita menyayangi die..muhasabah lah diri kita...barakallahufikum

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,.. baguslh BADAR SHAMS semakin maju, dan terus maju.. keep it up k.. just sharing dr saya..
    "dakwah dgn cara yang betul, tidak semua orang boleh terima dakwah dengan cara yang sama dengan orang lain. Ada yang perlu cara tegas, dan ada yang perlu cara lembut.. skill sindir menyindir perlu ditinggalkan memandangkan ia hanya bawa kecelakaan dalam dakwah"

    sekian-
    Muhammad Aizat
    Ex- SHAMS (2004-2008)

    ReplyDelete