Keesokan harinya selepas Subuh , saudari Izwatul Jannah , Siti Noor dan Nurafifah telah menyampaikan sebuah forum . Kemudian diikuti dengan beberapa aktiviti senaman ringan . Aktiviti berkumpulan dimulakan dengan Slot Wudhuk , Slot Tayammum dan diteruskan dengan Slot Solat pada sebelah petangnya . Akhir sekali , majlis penutup berlangsung dengan dirasmikan oleh Pengetua SMV DUHMS . Semua fasilitator diberikan sijil penghargaan dan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah terbabit .
Kem ini dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar SHAMS dan DUHMS serta dapat berkongsi pelbagai pengalaman dan ilmu agama . Selain itu , kem ini dapat melatih para nuqaba' dan naqibat untuk berdakwah kepada orang lain .
mabruk2...
ReplyDelete