Sep 15, 2010

Kita Ambil Daripada Kegilaan Manchester United

Bercerita tentang United,semua orang akan tersuluh dengan Manchester United atau Leeds United.Ataupun,ada orang yang terus terfikir tentang Kampung Teratai United.Malah, bagi yang berfikiran sedikit oposisi,mereka akan terfikir tentang Dangdut Gerudi United.

United menggambarkan satu kesatuan.Ia menerangkan tentang perpaduan dan kerjasama. Itulah United.Kita ambil sahaja pasukan bola sepak paling hebat di dunia iaitu Manchester United.

M.U menampilkan pemain-pemain yang segar.Alex Ferguson merupakan seorang yang cekap dan pandai menilai seseorang. Jangan ingat Cristiano Ronaldo bermain di M.U pada usia 20-an. Furgeson telah melihat bakat C.R sejak usianya 17 tahun.Kemudian,C.R dimasukkan dalam pasukan senior M.U.Hasilnya?Manchester United telah menggondol 8 kejuaraan sepanjang mereka memiliki C.R.

M.U juga mempunyai pemain-pemain yang seimbang.Van Der Sar merupakan penjaga gol paling cekap di dunia,diikuti pertahanan England,Rio Ferdinand dan pemain tengahnya, Ryan Giggs dan Paul Scholes.Penyerangnya ialah Wayne Rooney.Antara pertahanan lain ialah Patrick Evra dan Nani.Pemain sayapnya,Ronaldo pada musim yang lepas.Keseimbangan inilah yang membuahkan kejayaan kepada M.U.Namun,tidak cukup dengan keseimbangan individu,sebenarnya M.U mempunyai team yang sangat berjaya dari segi kesaksamaannya.

M.U telah berjaya dibentuk dengan kesefahaman yang kuat.Ego mereka tidak ditonjolkan kerana masing-masing mengharap antara satu sama lain,untuk membuatkan pasukan mereka berjaya.Mereka tidak mudah untuk lost communication.

M.U juga telah berjaya dibentuk dengan prinsip mereka iaitu,semua perlawanan harus dimenangi.Prinsip ini telah menjadikan setiap permainan yang mereka sajikan,merupakan perlawanan terbaik tidak kira berlawan dengan pasukan kerdil atau gergasi.M.U telah menjadi satu pasukan yang kuat kerana jurulatihnya yakin bahawa anak didiknya dapat bermain dengan sempurna.Sebab itu,dia tidak ragu-ragu memilih C.R untuk menjadi pemain utama dalam usia yang sangat muda.

Namun,langit tidak selamanya cerah,kegawatan ekonomi memaksa M.U membeku pembelian pemain pada musim 09/10.Tetapi,atas desakan kerana ada kecederaan pemain, M.U terpaksa akur dengan tawaran Real Madrid untuk membeli C.R dengan jumlah yang sangat tinggi.Paling tinggi di dunia.C.R menjadi kelabu mata,dia terus menerima tawaran tersebut.M.U yang sangat dahagakan wang,terpaksa menerima tawaran Real Madrid.

Kini,peluang untuk M.U menjuarai Liga Piala Inggeris semakin kabur.Setiap perlawanan mereka kurang diminati tanpa kehadiran C.R.

_____________________________________________________

Begitulah perjuangan dalam Islam.Perjuangan dalam kumpulan untuk memajukan Islam di mana-mana.

Yang pertama,kita perlu lihat pada cerita terbabit.Baca seteliti yang mungkin. Apa yang anda dapat daripada cerita ringkas Manchester United tadi?

Baiklah.Kita lihat cerita yang pertama.Perjalanan seorang pemilik pasukan yang pandai memilih golongan muda untuk menjadi pelapis kejayaan pada masa akan datang.Begitu juga dengan perjuangan di organisasi dakwah.Umumnya,'orang tua'lah yang memilih kita untuk mendidik dan memberi ruang untuk kita berdakwah.Sebenarnya yakin bahawa kita boleh menjayakan misi yang mereka mahu.Oleh itu,buatlah yang terbaik.Lakukan seperti Ronaldo,berusaha mencipta pelbagai kejayaan untuk pasukannya.

Cerita kedua,keseimbangan pemain dalam pasukan.Itu juga perlu ada dalam setiap organisasi. Ketua dan ketui(maksudnya ketua perempuan) perlu pandai mengkoordinasi ahli-ahli organisasi.Jangan hanya seorang sahaja yang membuat semua kerja.Pandai-pandai agihkan tugas mengikut kemampuan setiap ahli. Contohnya dalam bab multimedia.Orang yang benar-benar mahir tentang multimedia harus diberikan tugas untuk menyelaras tentang tugas multimedia.Begitu juga dalam bab komunikasi, agama,penulisan,atau bakat-bakat yang seumpamanya,ketua harus pandai menggunakan ahli yang berbakat dalam bidang tersebut untuk dimasukkan dalam bidang yang sesuai.

Cerita ketiga,setiap pemain M.U mempunyai kesefahaman yang kuat antara satu sama lain. Mereka juga tidak ego.Organisasi dakwah perlu menjadi pasukan yang ada tafahum.Mereka memahami antara satu sama lain,memberi kepada yang memerlukan.Untuk ego,inilah sebenarnya penyakit paling parah dalam sesuatu organisasi. Ego ini dilihat dalam pemberian pendapat.Ini kata tidak boleh,ini kata boleh.Sorang kata hitam,sorang kata hijau.Kemudian,ego ini akan melahirkan kemarahan.Kemarahan ini akan menjadi kembar kepada dendam, seterusnya,kesefahaman itu terus lenyap.

Cerita keempat,mereka mempunyai prinsip iaitu mereka hanya mensasarkan kejayaan. Setiap organisasi perlu ada prinsip begini.Bila disebut tentang kejayaan,ianya luas.Kejayaan bukan kesenangan. Kejayaan bukan di mana kita berada di tahap selesa.Kejayaan ialah apabila kita dapat menyempurnakan suruhan Allah.Itulah kejayaan.Prinsip sasaran kejayaan ini menjadikan semua ahli membuat kerja dengan berhati-hati untuk menjadikan sesuatu sempurna supaya ianya berjaya.Oleh itu,organisasi dakwah perlu berpegang pada prinsip iaitu-setiap perkara mesti perlu berjaya.


Cerita kelima,keyakinan.Ahli organisasi dakwah perlu yakin tentang kebolehan ahli-ahli yang lain. Dengan keyakinan tersebut,organisasi akan berjalan dengan jayanya,insyallah.Ini kerana apa-apa perbuatan kita didorongi dengan sifat keyakinan terhadap sesuatu.Andai kita yakin berjaya,maka lebih mudah untuk berjaya.Jika yakin gagal,maka terperosoklah dalam kegagalan.

Cerita keenam,rintangan yang harus dihidapi dalam sesuatu pasukan. M.U telah mengalami kemerosotan ekonomi dek dilanda tsunami ekonomi dunia.Begitu juga dalam perjuangan dakwah.Setiap pendakwah bakal menyelusuri rintangan yang lebih dahsyat daripada itu. Kita perlu bersedia untuk menghadapi rintangan.Kita tidak tahu rintangan apa,tetapi ia akan jua berlaku. Ingatlah,tatkala organisasi ditimpa ranjau,kita perlu berfikir serasional yang mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut.Jangan jadi macam pak Pandir.Kalah laga ayam,habis satu kampung tergadai.


Cerita ketujuh,kesetiaan.Tidaklah tahu di dalam rangka kepala otak C.R mengapa dia tergamak meninggalkan M.U dengan memakan umpan Real Madrid.Bayangkan,dia diasuh di M.U selama 8 tahun.Dia menjadi terkenal kerana M.U.Dia menjadi pemain terbaik Eropah,juga kerana persembahannya semasa di M.U.Setiap pendakwah perlu menitik beratkan tentang perkara ini. Andai suatu hari organisasi ditimpa rintangan,tiba-tiba ada ahli yang sudah give up dan tidak mahu bersama organisasi lagi sedangkan organisasi itu yang telah menjadikan mereka lebih proaktif dalam aktiviti dakwah.Sifat ini merupakan sifat yang keji.Seperti kacang lupakan kulit.Habis madu sepah dibuang.



Oleh itu,bersama-samalah kita bermuhasabah.Ambil iktibar.Majukanlah Islah dalam dakwah. Kita bersatu untuk kemajuan Ummah.Bersama-sama kita eratkan ukhwah.

Saya mewakili MT dan Exco Badar SMKA SHAMS 2009/2010 ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pejuang-pejuang yang menggantikan kami...semoga tabah menghadapi perjuangan...


Ingatlah,kita bukan pemula dan pengakhir,tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan Rasulullah. Renung-renungkan,selamat beramal!

http://akumelayuislam.blogspot.com/

Sep 9, 2010

Esok raya?

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya.Alhamdulillah dan tahniah kepada semua umat Islam khasnya warga SMKA SHAMS kerana berjaya menjalani ibadah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.Di kesempatan ini,pihak BADAR ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua warga SMKA SHAMS  dan memohon berjuta kemaafan di atas segala salah dan silap andainya terkasar bahasa,terlanjur bicara dan sebagainya.Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jumpa lagi untuk Ramadhan yang akan datang.InsyaAllah.