Feb 15, 2012

CINTA ITU INDAH ATAU BUTA ???

kita hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kecintaan kita padanya itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kita rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan mampu kita keluarkan, kita usir dari hati kita kecuali jika kita memiliki dua hal. Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan ...hati kita. Sehingga ketika yang ada di hati kita adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika kita merasa merana karena rindu kepada Allah, kita tidak mungkin merana karena rindu pada yang lain. Jika kita sudah sibuk memikirkan Allah, kita tidak akan sibuk memikirkan yang lain. Saat ini, Karena hati kita miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kita dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hati kita adalah rasa cinta dan rindu kita pada si dia. Pada dia yang tak mampu memberi apa-apa kepada kita...
nasihat + renungan buat hati kita remaja...

Feb 8, 2012

IDOLA TAUTAN HATI

Wartawan :Siapakah idola anda??dan mengapa anda memilih beliau sebagai idola anda??

Remaja 1 :idola saya ialah justin bieber..kerana suara beliau sangat istimewa pada saya dan beliau juga adalah artis yang sangat disanjungi seluruh dunia..

Remaja 2 :idola saya pula ialah jackie chan..kerana lakonan beliau sangat hebat sehinggakan beliau digelar hero china..

Remaja 3 :idola saya ialah nabi MUHAMMAD SAW..akhlak baginda sangat mulia..baginda bersusah payah membawa agama yang benar yang mana agama ini mengajak manusia ke arah kemuliaan..baginda tidak pernah melupakan umatnya..setiap malam baginda menangis merintih untuk memohon pada ALLAH swt supaya umatnya selamat daripada azab neraka..malahan,sebelum baginda wafat,baginda tetap ingat pada umatnya..di padang mashyar juga,baginda berlari2 mencari umatnya untuk diberikan syafaat...baginda amat cinta pada umatnya..itulah idola saya sepanjang hidup..saya akan cuba aplikasikan sunnahnya dalam hidup ini..saya harap,,manusia sekarang sedar akan cintanya nabi pada kita semua..

RENUNG2KAN..



Kadangkala orang sanggup mengambil orang lain sebagai idola tetapi tidak menjadikan Rasullulah sebagai idola kita sedangkan Allah berfirman bahawa kekasihnya adalah sebaik-baik umat di dunia ini 

Feb 6, 2012

MOLEKNYA BERTUDUNG

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat ):

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.