Jan 27, 2013

Kem Usrah Profesional 2013

Pada 18-20 Januari 2013 yang lepas, telah diadakan kem Usrah Profesional (UP) di Dewan Ibnu Abbas, SMKA SHAMS. Kem ini telah dijalankan oleh Akademi Latihan Al-Fateh yang dikendalikan oleh moderatornya, iaitu Che' Mat serta murabbi-murabbi.


Sepanjang Kem UP berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan para nuqaba' mendapat latihan yang secukupnya dan memberi keyakinan kepada mereka untuk mengendalikan usrah dengan berkesan. 


Pada 20 Januari 2013 iaitu hari Ahad, setelah selesai perbincangan modul usrah , majlis penutup dilangsungkan. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Asmah bt Abdul Rahim. Sebelum bersurai, salam ukhwah dilakukan antara nuqaba'. Wajah-wajah penuh perjuangan dapat dilihat  hasil daripada kem tersebut.




Semoga para nuqaba' berjaya mengetuai usrah dan memberi kesan dakwah dan tarbiyyah kepada setiap ahli usrah seterusnya meningkatkan tahap sahsiah dalam kalangan pelajar SMKA SHAMS.