Bercerita tentang United,semua orang akan tersuluh dengan Manchester  United atau Leeds United.Ataupun,ada orang yang terus terfikir tentang  Kampung Teratai United.Malah, bagi yang berfikiran sedikit  oposisi,mereka akan terfikir tentang Dangdut Gerudi United.
United  menggambarkan satu kesatuan.Ia menerangkan tentang perpaduan dan  kerjasama. Itulah United.Kita ambil sahaja pasukan bola sepak paling  hebat di dunia iaitu Manchester United.M.U  menampilkan pemain-pemain yang segar.Alex Ferguson merupakan seorang  yang cekap dan pandai menilai seseorang. Jangan ingat Cristiano Ronaldo  bermain di M.U pada usia 20-an. Furgeson telah melihat bakat C.R sejak  usianya 17 tahun.Kemudian,C.R dimasukkan dalam pasukan senior  M.U.Hasilnya?Manchester United telah menggondol 8 kejuaraan sepanjang  mereka memiliki C.R.
M.U juga mempunyai pemain-pemain yang  seimbang.Van Der Sar merupakan penjaga gol paling cekap di dunia,diikuti  pertahanan England,Rio Ferdinand dan pemain tengahnya, Ryan Giggs dan  Paul Scholes.Penyerangnya ialah Wayne Rooney.Antara pertahanan lain  ialah Patrick Evra dan Nani.Pemain sayapnya,Ronaldo pada musim yang  lepas.Keseimbangan inilah yang membuahkan kejayaan kepada  M.U.Namun,tidak cukup dengan keseimbangan individu,sebenarnya M.U  mempunyai team yang sangat berjaya dari segi kesaksamaannya.M.U  telah berjaya dibentuk dengan kesefahaman yang kuat.Ego mereka tidak  ditonjolkan kerana masing-masing mengharap antara satu sama lain,untuk  membuatkan pasukan mereka berjaya.Mereka tidak mudah untuk lost  communication.
M.U juga telah berjaya dibentuk dengan prinsip  mereka iaitu,semua perlawanan harus dimenangi.Prinsip ini telah  menjadikan setiap permainan yang mereka sajikan,merupakan perlawanan  terbaik tidak kira berlawan dengan pasukan kerdil atau gergasi.M.U telah  menjadi satu pasukan yang kuat kerana jurulatihnya yakin bahawa anak  didiknya dapat bermain dengan sempurna.Sebab itu,dia tidak ragu-ragu  memilih C.R untuk menjadi pemain utama dalam usia yang sangat muda.
Namun,langit  tidak selamanya cerah,kegawatan ekonomi memaksa M.U membeku pembelian  pemain pada musim 09/10.Tetapi,atas desakan kerana ada kecederaan  pemain, M.U terpaksa akur dengan tawaran Real Madrid untuk membeli C.R  dengan jumlah yang sangat tinggi.Paling tinggi di dunia.C.R menjadi  kelabu mata,dia terus menerima tawaran tersebut.M.U yang sangat  dahagakan wang,terpaksa menerima tawaran Real Madrid.
Kini,peluang untuk M.U menjuarai Liga Piala Inggeris semakin kabur.Setiap perlawanan mereka kurang diminati tanpa kehadiran C.R.
_____________________________________________________
Begitulah perjuangan dalam Islam.Perjuangan dalam kumpulan untuk memajukan Islam di mana-mana.
Yang  pertama,kita perlu lihat pada cerita terbabit.Baca seteliti yang  mungkin. Apa yang anda dapat daripada cerita ringkas Manchester United  tadi?
Baiklah.Kita lihat cerita yang pertama.Perjalanan seorang  pemilik pasukan yang pandai memilih golongan muda untuk menjadi pelapis  kejayaan pada masa akan datang.Begitu juga dengan perjuangan di  organisasi dakwah.Umumnya,'orang tua'lah  yang memilih kita untuk  mendidik dan memberi ruang untuk kita berdakwah.Sebenarnya yakin bahawa  kita boleh menjayakan misi yang mereka mahu.Oleh itu,buatlah yang  terbaik.Lakukan seperti Ronaldo,berusaha mencipta pelbagai kejayaan  untuk pasukannya.Cerita  kedua,keseimbangan pemain dalam pasukan.Itu juga perlu ada dalam setiap  organisasi.  Ketua dan ketui(maksudnya ketua perempuan) perlu pandai  mengkoordinasi ahli-ahli organisasi.Jangan hanya seorang sahaja yang  membuat semua kerja.Pandai-pandai agihkan tugas mengikut kemampuan  setiap ahli. Contohnya dalam bab multimedia.Orang yang benar-benar mahir  tentang multimedia harus diberikan tugas untuk menyelaras tentang tugas  multimedia.Begitu juga dalam bab komunikasi, agama,penulisan,atau  bakat-bakat yang seumpamanya,ketua harus pandai menggunakan ahli yang  berbakat dalam bidang tersebut untuk dimasukkan dalam bidang yang  sesuai.
Cerita  ketiga,setiap pemain M.U mempunyai kesefahaman yang kuat antara satu  sama lain. Mereka juga tidak ego.Organisasi dakwah perlu menjadi pasukan  yang ada tafahum.Mereka memahami antara satu sama lain,memberi kepada  yang memerlukan.Untuk ego,inilah sebenarnya penyakit paling parah dalam  sesuatu organisasi. Ego ini dilihat dalam pemberian pendapat.Ini kata  tidak boleh,ini kata boleh.Sorang kata hitam,sorang kata  hijau.Kemudian,ego ini akan melahirkan kemarahan.Kemarahan ini akan  menjadi kembar kepada dendam, seterusnya,kesefahaman itu terus lenyap.
Cerita  keempat,mereka mempunyai prinsip iaitu mereka hanya mensasarkan  kejayaan. Setiap organisasi perlu ada prinsip begini.Bila disebut  tentang kejayaan,ianya luas.Kejayaan bukan kesenangan. Kejayaan bukan di  mana kita berada di tahap selesa.Kejayaan ialah apabila kita dapat  menyempurnakan suruhan Allah.Itulah kejayaan.Prinsip sasaran kejayaan  ini menjadikan semua ahli membuat kerja dengan berhati-hati untuk  menjadikan sesuatu sempurna supaya ianya berjaya.Oleh itu,organisasi  dakwah perlu berpegang pada prinsip iaitu-setiap perkara mesti perlu berjaya.
Cerita  kelima,keyakinan.Ahli organisasi dakwah perlu yakin tentang kebolehan  ahli-ahli yang lain. Dengan keyakinan tersebut,organisasi akan berjalan  dengan jayanya,insyallah.Ini kerana apa-apa perbuatan kita didorongi  dengan sifat keyakinan terhadap sesuatu.Andai kita yakin berjaya,maka  lebih mudah untuk berjaya.Jika yakin gagal,maka terperosoklah dalam  kegagalan.
Cerita keenam,rintangan yang harus dihidapi dalam  sesuatu pasukan. M.U telah mengalami kemerosotan ekonomi dek dilanda  tsunami ekonomi dunia.Begitu juga dalam perjuangan dakwah.Setiap  pendakwah bakal menyelusuri rintangan yang lebih dahsyat daripada itu.  Kita perlu bersedia untuk menghadapi rintangan.Kita tidak tahu rintangan  apa,tetapi ia akan jua berlaku. Ingatlah,tatkala organisasi ditimpa  ranjau,kita perlu berfikir serasional yang mungkin untuk menyelesaikan  masalah tersebut.Jangan jadi macam pak Pandir.Kalah laga ayam,habis satu  kampung tergadai.
Cerita  ketujuh,kesetiaan.Tidaklah tahu di dalam rangka kepala otak C.R mengapa  dia tergamak meninggalkan M.U dengan memakan umpan Real  Madrid.Bayangkan,dia diasuh di M.U selama 8 tahun.Dia menjadi terkenal  kerana M.U.Dia menjadi pemain terbaik Eropah,juga kerana persembahannya  semasa di M.U.Setiap pendakwah perlu menitik beratkan tentang perkara  ini. Andai suatu hari organisasi ditimpa rintangan,tiba-tiba ada ahli  yang sudah give up dan tidak mahu bersama organisasi lagi sedangkan  organisasi itu yang telah menjadikan mereka lebih proaktif dalam  aktiviti dakwah.Sifat ini merupakan sifat yang keji.Seperti kacang  lupakan kulit.Habis madu sepah dibuang.
Oleh  itu,bersama-samalah kita bermuhasabah.Ambil iktibar.Majukanlah Islah  dalam dakwah. Kita bersatu untuk kemajuan Ummah.Bersama-sama kita  eratkan ukhwah. 
Saya mewakili MT dan Exco Badar SMKA SHAMS 2009/2010 ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pejuang-pejuang yang menggantikan kami...semoga tabah menghadapi perjuangan...
http://akumelayuislam.blogspot.com/
 
