Apr 6, 2010

Majlis Pelantikan Naqib dan Naqibah BADAR 2010

Majlis Pelantikan Naqib dan Naqibah BADAR 2010 telah diadakan pada Isnin bersamaan 1 Mac 2010 di Dewan Ibnu Abbas pada pukul 7.30 pagi. Semua nuqaba’ dan naqibat menerima watikah pelantikan beserta tanda nama. Watikah tersebut telah disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Hafizi bin Mohamad Ali yang merupakan Ketua Unit Operasi Dakwah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.


Majlis Perlantikan Naqib dan Naqibah BADAR ini diadakan khusus sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah kepada para naqib dan naqibah atas sumbangan yang diberikan oleh mereka. Oleh itu, diharapkan agar majlis ini dapat menyuntik semangat mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Secara tidak langsung, majlis ini juga menguar-uarkan pelantikan mereka secara rasminya kepada semua warga sekolah.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh para nuqaba’ dan naqibat diketuai oleh Presiden BADAR sesi 2009/2010 iaitu saudara Syahmi b Khalil. Pada majlis ini juga, turut berangsungnya Majlis Perasmian Minggu Remaja Islam dan Mahabbaturrasul anjuran BADAR Perdana SMKA Sheikh Haji Mohd Said dalam usaha melahirkan pelajar yang bersahsiah Islam.



Catatan oleh : Afifah binti Mohd Shabri (5 Ikram)



*Untuk info guru, teka silang kata klik di sini