Dec 24, 2009

Khas Untuk Calon PMR SMKA SHAMS

Alhamdulillah.Kepada semua calon PMR yang telah mendapat keputusan,kami saf pimpinan BADAR mengucapkan ribuan tahniah kepada semua yang telah melepasi ujian tersebut.Tidak kira apa juga keputusan,kami menganggap keputusan yang anda semua dapat,merupakan keputusan terbaik yang Alah beri kepada anda semua.Semoga Allah memberkati apa yang diusahakan dan hasilnya.Kami berharap,anda semua akan lebih bertambah semangat jihad di dalam kalbu dengan apa-apa pun keputusan yang anda dapat.Tahniah selagi lagi!

Dec 22, 2009

MATI : suatu permulaan...




Mati.... satu kalimah yang ditakuti kebanyakan insan sementara ada segelintir pula yang mendambakannya. Disini penulis ingin memberi satu teka-teki :

Apa die bende yang si pembuat tak mahu pakai,
si pembeli juga tak mahu pakai,
tapi si pemakai tak sedar yang die sedang pakai.


Jawapannya mudah sahaja , punya 7 huruf, bermula huruf 'k' dan diakhiri huruf 'n'..
ya, KERANDA itulah jawapannya.Pembuat disini menggambarkan si pembuat keranda, manakala pembelinya pula adalah kerabat si mati.Ramai orang yang hanya tahu menjadi 'pembuat' atau 'pembeli', padahal adalah suatu kepastian yang kita adalah 'pemakai'. Terkadang kita tidak sedar yang suatu hari nanti kita akan memakainya... Oleh itu, ayuh kita buat pengurusan hidup untuk mati.

Acapkali kita mendengar ceramah perihal pengurusan hidup, kewangan, tekanan dan pelajaran. Tapi pernah tak kita terfikir untuk membuat satu pengurusan kematian?? Selalu juga kita membuat satu pengurusan jangka panjang yang pendek iaitu amalan- amalan sebelum kematian... bagaimana pula dengan kehidupan selepas kematian??
Tidakkah kita terasa mahu pergi ke 'the second world' atau ' the life after death' ini?? Sebahagian manusia takut pada kematian kerana sifat wahn iatu cinta pada dunia yg sementara ini. Bukankah sebenarnya dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum perjalan kita yang seterusnya.

The second world ini telah dijanjikan Allah kenikmatan yang abadi kepada hambanya yang soleh. Bidadari hureen ein buat mukminin soleh manakala wildan ( anak-anak kecil lelaki) buat mukminah solehah. Manakala hambanya yang telah menjadikan nafsunya sebagai tuhan akan dicampakkan Allah kepada azabnya di nereka yang dibuat dari bahan bakar manusia dan berhala-berhala.Jadi kenapa kita ingin takut pada kematian kiranya kita sudah membuat perancangan jangka panjang yang panjang.... samapai kita ketemu cinta disyurga.. InsyaAllah. Buatlah checklist hamba setiap malam, pastikan yang wajib kita tunaikan, yang sunat kita teruskan.

Jadi shift your paradigm and your life sehingga dapat kau terfikir bahawa kematian suatu permulaan kepada kebahagiaan abadi. Dambakanlah husnul khatimah agar kau urus hidup ini untuk kematian. Ingatlah kematian adalah pintu untuk hamba menemui Tuhannya... Rindulah untuk mati di jalan Tuhan bukan berdoa agar cepat mati.. Wallahua'lam..
..::al faqir ilalllah::..

Dec 17, 2009

PMR

Hari ini media massa telah menyiarkan dan memberitahu 1Malaysia bahawa keputusan PMR akan diumumkan pada hari 24 Disember 2009 pada hari Khamis.Alhamdulillah,Allah telah memberi kita ruang untuk mengetahui bila masanya hasil usaha kita untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Peperiksaan PMR ini hanyalah menjadi penanda aras.Secara teknikalnya,peperiksaan ini tidaklah penting malah tahun lepas,ada dibincangkan supaya PMR ini dimansuhkan.Namun, renungkanlah, adakah kita menuntut ilmu semata-mata untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Inilah yang menjadi cabaran bagi kita.Walaupun PMR bukan peperiksaan yang menentukan masa depan secara keseluruhan,namun PMR telah membawa pengajaran bagi kita untuk lebih berusaha pada masa akan datang.PMR juga memberi kita iktibar supaya kita bermuhasabah untuk peperiksaan SPM nanti.

PMR juga menjadi titik tolak untuk kita terjun ke bidang yang kita layak dan minat supaya kita lebih mudah untuk fokus secara telus dalam bidang yang kita akan ceburi pada masa akan datang.PMR juga menjadi post mortem bagi kita atas kelemahan yang kita lakukan sewaktu berperang selama tiga tahun semasa sekolah menengah.

PMR juga menguji kita adakah kita akan terus alpa dengan keputusan yang baik sehingga mencacatkan prestasi kita pada menengah atas.PMR memberi kita peransang. PMR juga sebenarnya menguji sejauh mana kita menghargai guru.Adakah selepas kita mendapat keputusan,kita terus sahaja berlenggang bangga atau sedih dengan keputusan itu? Jawapannya, anda akan lihat aksi anda masing-masing ketika mengambil slip keputusan pada 24 haribulan nanti.Jika kita tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada guru walau apa pun keputusan kita,nampaknya,PMR benar-benar menguji kita.

PMR bukanlah penanda aras IQ.Ada orang yang selalu mendapat keputusan baik sewaktu peperiksaan sekolah,tetapi tidak dapat keputusan cemerlang dalam PMR.Itu perkara biasa. Kucing yang makan lasagna lebih ganjil daripada fenomena ini.Ada juga orang yang jarang-jarang mendapat A dalam peperiksaan,tetapi mampu memungut semaksimum A sewaktu PMR. Itu tidak ganjil.

PMR bukanlah penanda aras IQ.PMR bukannya menimbulkan persoalan, "Dia tak dapat 9A, dia bodoh." atau "Dia budak yang hebat,dia dapat 9A." bukan.Itu bukan persoalan yang betul dalam PMR.Tak semestinya yang mendapat 9A itu orang pandai atau sebaliknya,tetapi persoalan yang harus ditimbulkan, 'bagaimana dia mendapat keputusan tersebut?'

PMR membincangkan bagaimana seseorang itu mendapat keputusan yang mereka dapat, bukannya konklusi.PMR bukan rumusan terbaik untuk mengatakan seseorang itu pandai. PMR adalah post mortem.PMR adalah alat untuk melihat kelemahan dan kelebihan.Ia bukan alat untuk melihat kepandaian dan kebebalan.

Seperti yang dikatakan tadi,PMR bukanlah satu medan untuk kita merumuskan siapa yang pandai.PMR sebenarnya ujian bagi sang calon untuk menghadapi ujian yang lebih besar. Ianya seperti melawan anak naga yang kecil supaya dapat melintas ke jambatan untuk melawan bapak naga yang segedang.

Kepada semua calon PMR,bermuhasabahlah selepas mendapat keputusan.PMR bukannya mengatakan anda pandai atau bodoh,tetapi menjadi ujian bagi anda semua untuk lebih baik pada masa akan datang.

Andai anda mendapat keputusan yang baik,anda fikir,mengapa anda mendapat keputusan sedemikian?Adakah disebabkan anda selalu study malam?Atau selalu membuat kebaikan? Atau anda yang pemalas,malas ibadah,usaha,tidak hormati guru,selalu membuat masalah di sekolah dan rumah,tetapi mendapat keputusan yang cemerlang,cuba bermuhasabah,adakah anda mendapat keputusan yang berkat daripada Allah.

Andai anda mendapat keputusan yang buruk,anda fikir,mengapa anda mendapat keputusan sedemikian?Adakah disebabkan anda pemalas?Anda tak suka ulang kaji?Atau anda selalu buat masalah?Jika anda merasakan anda lebih daripada itu,ingatlah..

"Allah memberi apa yang KITA PERLU,bukan apa yang KITA MAHU.."

Perlu diingatkan,Allah sebenarnya telah merancang sesuatu yang baik bagi kita.Walaupun kita tidak mendapat keputusan yang baik masa PMR,yakinlah sebenarnya Allah memberi kita peluang yang lain berdasarkan keperluan kita.

Jangan gentar pada masa sekarang.Keputusan tetap akan diumumkan.Anda hanya perlu bertawakal.Banyakkan ibadah.Selepas mendapat keputusan,mantapkan lagi ibadah.Itulah sebenarnya cabaran dan ujian yang kita lalui.

Kami,saf pimpinan BADAR mendoakan kalian mendapat keputusan yang terbaik, berkat dan berhikmah setanding dengan usaha anda semua dalam keputusan PMR nanti.Dan kami berharap,anda semua dapat menggunakan IQ anda untuk memajukan Islam serta mewarnai biah solehah di SMKA SHAMS.

~Semoga sukses~