Oct 8, 2011

Buat Sekalian Wanita..



Salam.. 

Zaman ini,ramai wanita dan gadis-gadis bersedia mempertikaikan hukum Allah yang nyata di dalam Al-Quran iaitu mengenai perintah mengenai pemakaian hijab (menutup aurat). 

Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Telah terang dan nyata,perkara menutup aurat ini jelas di dalam Al-Quran. Bukan hanya dalam surah An-Nur sahaja malahan juga beberap surah yang lain. Ramai yang mempersoalkan hukum ini malahan ada juga yang mengatakan tudung sudah tidak boleh dipraktikkan pada zaman moden ini. Ada juga yang mengatakan tudung ini menyekat kebebasan wanita,salah satu cara bagi lelaki menunjukkan kuasa veto mereka terhadap wanita.


Baiklah.. Di bawah adalah jawapan bagi persoalan-persoalan 'kurang bijak' tersebut..



Bagi pendai'e-pendai'e di luar sana,inilah soalan-soalan yang sering dilontarkan oleh kebanyakan wanita. Namun begitu,kebijaksanaan mampu menjawab semua persoalan itu dengan logik akal dan mudah difahami.

Barakallahufikum.. 

Sep 16, 2011

Sayonara Jahiliyyah..


Moga selepas ini..BADAR SHAMS dapat menjadi sekreatif ini.. 
Insyaallah.. Dakwah itu ada caranya.. 

Sep 15, 2011

Bermonolog



ana dah ada boyfriend.
tapi..

ana tak tahu dia berada dekat mana.
jumpa belum.
nama tak tahu.
hanya Allah jer tahu dia siapa.

ana pun tunggu dia setiap hari
tak sabar nak jumpa dia.
rindu kepada dia , sungguh tak dapat ditafsirkan.
walau ana tak tahu. tapi ana masih rasa rindu

Ya Allah
hensemkah dia ?
tinggikah ?
menawan tak senyuman dia ?

Ya Allah
bagaimana hubungannya dengan-MU ?
sihatkah imannya ?
mampukah dia membimbingku ?

.........

ana masih tertanya tanya..
Allah , peliharalah hatiku.
perbualan , monolog dalaman itu.
terngiang.
dia yang mendengar hanya senyum.

syukur kepada Allah untuk kurniaan ini.
cuma
satu sahaja harapan
moga terus dipeliharakan hati.
tidak dicemari.
biarpun siapa dia. syukurlah

*nurin azmina 4 Ikhlas