Apr 4, 2010

KURSUS LATIHAN NAQIB 2010

Program Kursus Latihan Naqib (KLANA) telah diadakan pada 29-31 Januari 2010. Seramai 53 orang pelajar muslimin dan 81 orang pelajar muslimat telah terpilih menjadi naqib dan naqibah bagi usrah BADAR bagi tahun 2010 ini.

Program KLANA ini direncanakan bagi menyediakan pemimpin-pemimpin usrah yang dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang utuh mengenai addin yang sebenar.Mereka turut didedahkan dengan kepimpinan yang sebenar menurut Islam iaitu kepimpinan melalui tauladan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya depanjang progran berlangsung. Nasyid bertajuk Bingkai Kehidupan nyanyian Shoutul Harakah telah menjadi perangsang bagi para nuqaba' dalam aktiviti dakwah mereka. Video Sang Murabbi yang ditayangkan telah mendedahkan kepada para nuqaba' kehidupan sebenar seorang da'ie yang zuhud dalam hayatnya. Slot Sidang Pleno pula telah mengasah minda para nuqaba' dalam menyampaikan sesuatu hujah yang hebat.

Program yang disertai beberapa orang alumni yang turut membantu ini telah berakhir pada hari Ahad, 31 Januari 2010. Seramai 134 orang nuqaba' telah diberikan tag sebagai naqib dan naqibah usrah BADAR 2010. Para nuqaba' telah melafazkan bacaan ikrar sebagai lambang sumpah dan janji mereka sebagai pemimpin-pemimpin Islam.


Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturna
Al-jihadu sabiluna
Al-mautu fi sabilillah
Asma amanina...






Posted by: Amira Nabilah Mohd Azmi (5Islah)

Sambutan Maulidurrasul

Jumaat, 12 Mac 2010 – Bersamaan 26 Rabiulawwal 1431Hijriah SMKA Sheikh Haji Mohd Said telah mengadakan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Perarakan yang melibatkan semua pelajar bermula seawal 7.45 pagi di hadapan Astaka Anugerah SMKA SHAMS sehingga ke Dewan Ibnu Abbas.


Perarakan turut disertai dengan bacaan selawat yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan 1 SMKA SHAMS, Tuan Haji Norazam bin Nayan. Perarakan ini sangat menitik beratkan kekemasan serta kerjasama dalam kalangan pelajar.

Pertandingan kain rentang antara kelas turut dianjurkan dengan tema, “ Remaja Soleh Musleh Menjana Kesejahteraan Ummah”. Pertandingan yang diadili mengikut tingkatan telah dijuarai oleh Tingkatan 1 Ikhlas, 2 Islah dan 3 Ikhlas bagi menengah rendah. Manakala bagi kategori menengah atas pula ialah Tingkatan 4 Ikram, 5 Islah dan 6 Atas Ikhlas.



Program seterusnya ialah ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kusyairi Hamsan. Sambutan Maulidurrasul diakhiri dengan dua persembahan sketsa para pelajar lelaki.

Antara objektif program-program yang telah dilaksanakan ialah menzahirkan syiar kecintaan kepada Junjungan Besar Rasullullah S.A.W, menyemarakkan budaya ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam serta menghidupkan aspek kesenian Islam dengan cara menghidupkan penggunaan tulisan jawi. Semoga program bermanfaat seperti ini dapat lagi diteruskan pada masa akan datang..



*Khairussyifa’ ٍٍShukri- 5 ikhlas

Apr 3, 2010

Minggu Remaja Islam (MRIS) 2010 dan program bersama Mahabbatur Rasul

Minggu Remaja Islam ( MRIS) bersama Program Mahabbatur Rasul yang dianjurkan oleh pihak BADAR telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 1 Mac 2010 dan berakhir pada 12 Mac 2010.

MRIS telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam Negeri Sembilan, En. Mohd Hafizi bin Mohd Ali.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya:

- Muslimin stage
- Muslimah stage
- Busana muslimah
- Libasul taqwa
- Nisa' games
- Rijal's game
- Bengkel ICT
- Bengkel penulisan Khat
- Pertandingan Karya Kreatif
- Pertandingan kain rentang.

Semasa majlis penutupan MRIS dan program bersama mahabbatur rasul, para pelajar dan seluruh warga SHAMS berarak bersama kain rentang. Warga SHAMS berarak sambil berselawat ke atas nabi junjungan kita, Rasulullah SAW.

Pada majlis penutupan pula, pemenang tempat pertama dan tempat kedua Muslimin Stage mementaskan sketsa mereka yang bertemakan " Islam Hari Ini" dan " Do's and Dont's in Islam". Pemenang-pemenang bagi setiap pertandingan diberikan hadiah selepas persembahan sketsa tamat.


tulisan:
_FatimahZahraZulqarnain_