Bila Unta dah tak selera makan… Kambing mula  resah.. Lembu pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari  Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha
Kami dari BADAR SMKA SHAMS mengucapkan salam aidiladha kepada seluruh umat islam terutamanya kepada pelajar SMKA SHAMS dan pembaca blog ini. Semoga  pengorbanan yang dilakukan selama ini mendapat keredhaan Allah.
Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang  dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk  orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk  mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang  ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita  terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi,  terhormat di sisi  Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang  diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan  kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk  kepentingan umat.
Kesungguhan,  kegigihan,  keikhlasan dan pengorbanan adalah  pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta  tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan  menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia  berkorban untuk orang lain.